Thursday, March 11, 2010

Mencintai Tidak Semestinya Memilikki


"Mencintai Tidak Sementinya Memilikki" usah diharap sesuatu yang belum pasti penghujungnya. Cinta yang berlandaskan kasih sayang, kemesraan dan belaian adalah cinta yang diimpikan oleh insan bercinta.
Dalam percintaan memerlukan pengorbanan sekiranya ingin melihat insan yang disayangi bahagia dan menikmati hidupnya. Cinta yang dibina akan lenyap dalam sekelip mata jika tiada keserasian atau kehadiran orang ke tiga yang akan membinasakan hubungan yang sedia terbina. Bak kata pepatah "Kita Hanya Mampu Merancang Tapi Tuhan Yang Menentukan" Walau sejuta janji diikat tanpa keizinannya pasti hanya sia-sia.

Cinta bisa terbina dalam sehari tapi sukar dilupakan walau setahun. Itulah hakikatnya.
Bertapa pahit untuk ditelan namun kepahitan itu pasti ada manisnya. Menyakitkan bila melihat orang yang disayangi, insan yang pernah di panggil "sayang" melangkah pergi. Seharusnya kita pasrah dan redha pemergiannya untuk kembalikan kedamaian hati-hati yang telah terluka..

"...Hati pasti menangis, jiwa pasti merintih mengharapkan cinta itu kembali bersama cahaya yang diimpikan setelah cinta ini terbina. Tanpa paksaan mencintai dirinya dengan kerelaan. Siapa sangka siapa menduga cinta yang dibina bersama kini hanya kenangan. Sendirian mengimbau setiap detik dan saat manis yang dilalui sewaktu bersama. Bergurau senda penuh dengan gelak ketawa, menangis bersama, merintih, pujuk memujuk.. Alangkah indahnya
Ketika itu terasa ingin ulangi setiap detik-detik manis bersama itu sekali lagi. Tapi ternyata semua itu hanya mimpi. Mimpi yang hilang bila menjelang pagi.
Tersenyumlah kerana melepaskan dia pergi bukan bererti melepaskan cintanya bersama tetapi memberi lebih kebahagiaan untuknya.. Kebahagiaannya adalah kebahagiaan ku..
Pergilah.. Pergi pada dia yang menanti, pergi padanya yang berhak keatasmu. Yakinlah dia adalah kebahagiaanmu. Usah menoleh kearahku lagi kerana aku hanyalah kenanganmu. Teruskan langkahmu jangan berhenti disitu. Gapailah tangannya yang menantimu..
Tentang diri ini usah dirisaukan. Aku tetap aku yang akan terus mengulit cinta kita sepanjang hayat yang ada. Biarlah ia terus kekal di dalam hati ini bersemadi dengan tenang. Aku Bukan Kebahagiaanmu........."


tasya forever..

Cinta Itu....


Ungkapan kata "Cinta" dilafazkan di bibir namun ia lahir dari hati. Memang sukar untuk mengetahui pengertian cinta.
Cinta bukan saja untuk insan tersayang (kekasih)..Perasaan cinta juga diluahkan pada ibu dan ayah, keluarga, suami, isteri, anak-anak, rakan taulan Cinta pada kekasih. Cinta pada kedamaian, cinta pada tanah air dan yang terutama kepada Allah S.W.T pencipta sekelian alam semesta.
Cinta senang di ungkapkan dengan ucap kata yang indah namun tidak semua perkara dapat kita luahkan dengan kata-kata. Berbagai cara meluahkan rasa cinta mengikut kesesuaian masa, tempat dan orang yang hendak diluahkan.Bermacam ragam dan caranya antaranya melalui pandangan mata, sentuhan kadang kala membiarkan hati berbicara.

Cinta kepada ibu dan ayah adalah cinta membawa kesyurga abadi. Untuk melafazkan rasa cinta pada ibu dan ayah tidak perlu menguntai kata-kata indah cukuplah sekadar sengingati dan menghargai pengorbanan mereka yang melahirkan, membesarkan, memberi kasih sayang, memberi ilmu sehingga kita dewasa dan berjaya dalam kehidupan. Bagi mereka wang ringgit bukan impian hanya mengharapkan perhatian dan kasih sayang dari abak-anak. Hanya ingin menumpang kasih sayang bila usia terlajur senja..

Cinta pada keluarga menghilangkan rasa kesunyian dan rasa tersisih dari kehidupan. Dengan kasih sayang keluarga hidup yang suram dan gelap akan terasa penuh warna warni. Dihiasi dengan gelak ketawa, gurau senda bisa menhiburkan. Adanya kasih sayang antara keluarga segalanya dapat dikongsi bersama.

Cinta pada suami/isteri.. Satu ikatan yang lahir dari rasa cinta. Perkongsian hidup antara suka dan duka. Cinta yang dibina berlandaskan kasih sayang. Mencintai suami/isteri tidak terlalu mengharapkan harta duniawi cukuplah sekadar menyediakan keperluan asasi. seorang suami tidak mengharapkan mempunyai isteri yang cantik dan bergaya. Hanya harapkan seorang isteri yang benar-benar menyintainya dan menerima dirinya seadanya. Isteri yang bisa mendampinginya saat dia membuntukan. Sentiasa bersedia menjadi seorang kawan atau sahabat untuk berbicara. Menjadi teman sejati yang setia mendampingi saat dia kesulitan atau kekusutan. Menjadi seorang kekasih yang memahami saat dia ingin dibelai dan dimanja. Yang penting menjadi seorang isteri yang mampu menyediakan semua keperluan zahir dan batin. Di luar boleh dijadikan rakan dan di rumah menjadi bidadari. Inilah isteri idaman lelaki...

Cinta kepada anak-anak/zuriat... Tidak salah mencintai zuriat yang kita lahirkan dengan kasih sayang antara dua insan kerana cinta itu membawa ke akhir hayat. Anak-anak yang akan mendoakan ibubapa kelak kita disana. Mencintai anak-anak tidak bererti menyedia serba kemewahan cukuplah sekadar memberi pelajaran untuk dunia dan ilmu agama untuk akhirat.Mencintai tidak beerti mengongkong semua perilaku mereka. Berikan mereka ruang seluas-luasnya untuk kehidupan selagi tidak keterlaluan.

Cinta kepada rakan dan taulan cinta yang membawa kebahagiaan. Dengan adanya teman disisi dapat menghilangkan rasa boring. Tidak semua rakan yang kita kenali memahami dan menghargai diri kita. Rakan yang setia disisi saat suka atau duka adalah teman sejati yang bisa berkongsi setiap perkara bersama. teman ketawa memang ramai tetapi teman menangis susah untuk kita temui. Seandainya anda temui teman yang sanggup bersusah dan senang besama jagalah ia sebaiknya kerana teman sejati sukar dicari satu dalam sejuta. Kerana teman kita bisa punah dan kerana teman kita bisa berubah. Hanya diri sendiri dapat menilainya..

Cinta pada kekasih cinta yang diharapkan membawa kebahagiaan. Mencintai kekasih bukan kerana paras rupa, harta atau pangkat yang dimilikinya. Cintailah kekasihmu kerana kejujuran, keiklasan dan yang penting kerana agamanya. Andai mencintai kekasih kerana paras rupa, harta dan pangkat hanyalah cinta palsu. Fikirkan kiranya suatu hari kekasihmu itu hilang semuanya paras rupa, harta dan pangkatnya..Adakah anda akan lagi mencintainya..?? Mencintai kekasih dengan menerima kelebihan dan kekurangan diri dengan seadanya...

Cinta kepada kedamaian dan tanah air perlu ada dalam diri bagi menghargai tanah tmpahnya darah. Sentiasa kekalkan kedaimaian tanah air. Kita sebagai rakyat biasa tidak diharapkan pergi berjuang hanya dengan mencintai negara dan sentiasa kekalkan kedamaian. Andai bersatu kita teguh dan bercerai kita roboh.
Kedamaian dihati juga diinginkan semua insan menharapkan ketenagan hati dan jiwa. Seseorang yang mencintai kedamaian hati tidak menharapkan kemewahan yang dimilikki cukup dapat menikmati ketenangan yang mendamaikan..

Cinta kepada Allah S.W.T pencipta sekelian alam adalah cinta yang paling utama dan yang kekal abadi. MencintaiNYA adalah menyerahkan seluruh jiwa dan raga seiklasnya. Sentiasa redha akan ketentuannya kerana setiap yang dianugerahkan pasti ada kenikmatannya. Kita diduga dengan bermacam kedukaan itu tidak bererti DIA tidak mencintai kita. Percayalah setiap dugaan pasti ada hikmahnya..

Cinta mencintai antara sesama manusia dan alam hanyalah sementara. Tetapi cinta pada Allah cinta yang sebenar-benarnya cinta..
"Cinta Pada Manusia, Manusia Akan Mati..Cinta Pada Bunga, Bunga Akan Layu.. Cinta pada kumbang, kumbang akan lari.. Cinta pada Allah S.W.T cinta yang kekal abadi.."

Rasa Hatiku
tasya selamanya...

About Us

Total Pageviews