Wednesday, January 26, 2011

Punca Penceraian


Wah hari ni betimbung-timbung ideal masuk dalam kepala otak aku untuk menulis..Bukan nak jadi penulis hebat..hanya nak berkongsi saja..kalau tak suka pun buat-buat la suka ya..hihihi
Oklah kali ni aku cuba keluarkan antara sebab-sebab berlaku perceraian. Kalau nak keluarkan semua sebab tu memang la banyak. Akan aku kongsikan antara sebab-sebabnya ok..
Seperti yang kita sedia maklum lahkan..Resiko setiap perkahwinan adalah penceraian..Malah pernceraian ni tidak digalakkan dalam mana-mana Agama terutama Islam sendiri. Kepada yang belum berkahwin tu boleh jadikan ini sebagai peringatan..yang baik jadikan tauladan ok..

Keserasian

Keserasian amat penting dalam sesetiap perhubungan..Bukan saja percintaan malah dalam perkahwinan. Kalau sedang bercinta tu ok la sikit. Bukan apa kalau bercinta jika tiada keserasian boleh putus dan cari ganti kan..Bila dah berkahwin ni agak sulit sikit jika terpaksa bercerai dan anak-anak menjadi mangsa keegoan mak dan ayan dia.
Seperti yang kita juga tahu. Bila berkahwin tidak bererti kita sudah temui keserasian itu. Tiga tahun pertama adalah dalam tempoh mengenali hati budi dan mencari keserasian masing-masing. Kekadang kita tertanya-tanya mengapa dah tiga tahun berkahwin boleh berpisah..Kerana dalam tempon bersama itulah saling mencari kelebihan dan kelemahan masing-masing..Dalam masa itulah berlaku proses perkenalan..Jadi masa bercinta janganlah bermuka-muka..Jadilah dirimu yang sebenarnya agar tidak berlaku perceraian di akhirnya..

Tanggungjawab

Dalam meniti alam perkahwinan tidak seperti yang di bayangkan..Mungkin masa bercinta banyak janji-janji terungkap. Tapi bila sudah bersatu barulah ketahui bahawa tidak semudah yang dijanjikan. Suami dan isteri mempunyai tanggungjawab tersendiri. Masing-masing mempunyai peranan. Kalau dulu sebelum berkahwin, lelaki hanya bekerja untuk diri sendiri. Dan wanita mempunyai sepenuh masa untuk diri sendiri kerna masing-masing belum punya tanggungjawab. Tapi bila sudah termatri satu ikatan maka tanggungjawab telah berubah..Mungkin tidak sanggup dengan tekanan tanggungjawab ini juga bisa berlaku perpecahan dalam rumahtangga. Tapi janganlah takut untuk masuk kealam perkahwinan ini..Kelemahan sama-samalah atasi..InsyaAllah kan dapat hindari..

Kurang Berkomunikasi

Kurang berkomunikasi juga boleh merenggangkan perhubungan dan tidak mustahil berlaku perpisahan..Kiranya ada ketidakpuasan hati duduklah berbincang dan janganlah dipendam dalam hati. Bila makin dipendam makin jauh kita dengannya. Janganlah malu untuk meluahkan rasa hatimu kerana mungkin pasangan kamu akan gembira bila kamu terlalu ambil berat tentang dirinya. Jika ada masalah ingin dibincangkan, elakkan berbincang ketika balik kerja atau ketika makan..kan sedang penant tu..tak pasal pulak kan..waktu paling sesuai untuk berkomunikasi hal sebegini ketika bersantai mungkin menontong TV atau ketika nak tidur...

Sangsi

Dalam perkahwinan juga tidak terlepas dari perasaan sangsi..Tak kira la lelaki kew wanita sama-sama ada kesangsian. Jika ada kesangsian boleh la sama-sama berbincang..Kalau diam makin membengkak nanti..Mungkin sangsi dengan kasih sayang dan cinta pasangan anda. Mungkin tertanya-tanya "betul kew dia sayang aku"..Kalau masih sangsi. Bertanyalah agar dia boleh beri jawapan yang memuaskan hati anda dan hilangkan kesangsian tu..

Cemburu

Ish..Ish..kalau sebut tentang cemburu ni..Cemburu dalam rumahtangga lebih dasyat dari bercinta tau..Apa taknye kalau dah dapat pasangan yang ensem atau cantik mesti la rasa cemburu kan..Nan berkawan pun tak boleh..Kalau telefon berbunyi sibuk jew nak tahu "sape tu" ..lambat balik kerja pun tak boleh, mula la fikir lain kan..Kalau nak cerita pasal cemburu ni memang banyak la..Kalau terlebih cemburu pun boleh meretakkan mahligai yang dibina..Kalau tidak puas hati perlulah bertanya, jangan main andaian jew..parah tu

Mengungkit

Ungkit membangkit juga boleh menjadi penyebab penceraian..Mesti tak tahan kalau bila bergaduh sikit mula la nak ungkit membangkit..Wanita jangan mengungkit apa yang pernah anda berikan pada suami kerana ini selah-olah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki..lelaki kan lelaki..Wanita pun sama tak suka suami yang suka mengungkit-ungkit pemberiannya..kan itu tanggungjawab suami untuk memenuhi segalanya zahir dan batin kan..kalau asyik ungkit-ungkit pasti akan hilang kesabaran..

Pantang Dicabar

Isteri memang suka mencabar kesabaran lelaki dengan penceraian..Mungkin wanita ni ingat lelaki tak akan tinggalkannya sebab sayang..Jangan berfikiran begitu kerana lelaki pantang dicabar..Kalau berkali-kali diminta pasti akan diberikan oleh mereka bila kesabarannya dicabar..Hah kan xpasal-pasal dah menjanda..berhati-hati jika berkata-kata..Ingat sikit..Lelaki boleh kawen sampai 4 tau..kikikiki

Alam Maya

Punca terbaru yang temui sekarang ni adalah kehidupan "maya"..maklum la zaman IT..perhungan boleh berlaku di alam maya..kalau dah keterlaluan memang la boleh merosakkan perhubungan anda..Laman sosial sekarang makin hangat diperkatakan..Ya lah kalau siang malam ber facebook la chatting la bla bla bla...

Banyak lagi nak bongkarkan tapi aku dah penat menaip..nanti aku sambung lagi..-Bersambung-

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews