Tuesday, April 6, 2010

Entah Laaaaaaa


Dalam percintaan perlu ada keiklasan dan kejujuran, itu semestinya. Tapi dalam kebanyakkan cinta atas dasar tertentu tanpa ada arah dan tujuan. Agak menyakikkan bila yang disemai mengharapkan tumbuh segar ditaman tapi sebaliknya layu sebelum tumbuhnya tunas. Agak memilukan namun itu yang sentiasa berlaku pada cinta di zaman ini.

Apa ada pada cinta jika hanya melepaskan rasa sunyi dan kesepian. Alangkah rendahnya pandangan sesetengah pencinta. Apa kan terjadi pada insan yang amat menyintai bila cintanya dikhianati. Dalam sedar atau tidak seharusnya kita tahu "Cinta Tidak Akan Datang Jika Tidak Di Cari Dan Cinta Tidak Akan Dapat Jika Tidak Memberi"..

Kalau dulu cinta diluahkan dengan layanan surat-surat cinta untuk meluahkan rasa hati tapi kini semua telah berubah. Terlalu mudah untuk mengukapkan kata dan rasa cinta dalam sekelip mata. Cinta zaman ini ada dimana-mana, dengan memetik jari cinta akan datang menhiasi ditaman hati. Tidak perlu menunggu sekian lama untuk meluahkan kerna cinta sentiasa ada.

Pernahkah kita terfikir dari mana datangnya cinta..?? dan mengapa harus ada cinta..?? bak kata pujangga "Cinta Itu Seni" dan bagi aku seni bermaksud halus dan halus tidak kita mampu lihat dengan mata kasar. Andai ia halus adakah ia sama seperti makhluk halus..?? emmm entah laaaaa

Bermacam-macam jawapan bila ditanya apa itu cinta.. Ada yang boleh di pakai ada jugak yang entah apa-apa..tapi itu pandangan masing-masing..
secara peribadinya bagi aku cinta akan terasa nimatnya jika kita menyintai dan dicinta dengan seiklasnya tanpa ada sangsi. Cinta akan jadi menyakitkan bila menyintai pada yang tak sudi..

Hati orang yang bercinta memang sukar diramal kerana apa.. Kerana dia bisa berubah bila sampai waktunya. Kata orang "Cinta Itu Semangat" Aku pun tak pasti sejauh mana kebenaranya. Aku tak pulak rasa seperti itu. Emmm Entah Laaaaa

Bukan mengata siapa-siapa aku juga pernah laluinya menyintai dan dicintai.. Tapi lain yang diimpikan lain pula yang datang. Emmmm
Cinta zaman ini mudah datang dan mudah pergi.. apa sebabnya..??
ya lah apa tidaknya.. Zaman sekarang jumpa tepi longkang pun boleh jadi buah hati. entah mana asal usulnya pun tak tahu. Itulah cinta sejati yang dilaung-laungkan hingga 1 dunia tahu dia ada kekasih.. Pelik tapi benar.. Hakikatnya itulah cinta dia.. Emmmmm Kesiannnnnnnn

Cinta kini dah boleh pilih-pilih seperti memilih ikan dipasar. kalau dapat ikan kembung alahamdulillah tapi kalau dapat jerung..?? sape mau jawab..
Memanglah itulah cinta. Murah kan.. Cinta sekarang jugak boleh di tukar ganti hampir sama cam sistem bata zaman dulu-dulu la. huhuhuhu Kalau kira timbang, agak-agak berapa kilo ek atau kira kati adessss

Ada jugak yang kata "No Women No Cry" emm aku bukan faham pon tapi cam tak best jew ayat tu. Memang la aku pun pompuan tapi seoalah-olah kaum adam ni meletakkan 100% kesalahan tu pada kaum hawa. Mana Adil..

Orang lelaki pun sama jew tahu cakap saja, kalau suruh buat emmm Hampesssss.. Kerana lelakilah ramai kaum-kaum hawa ni banyak masaalah apa tidaknya mentang-mentang la boleh kawin 4 emm katanya "Ikut Sunnah Nabi"..
Yang aku herannya kalau bab kawin nak pulak ikut sunnah cuba bab lain emm Hampesss
Kalau ikutkan kemarahan ni mahu saja aku bunuh sperma-sperma diaorang ni..huh
Baru padam muka. Ingat muka hensem kitaorang heran sangat. Takde maknenya kalu muka jew hensem tapi perangai cam setan..

Adesss dah jadi anti lelaki lak kew.. Grrr
tapi betul la memang itu yang berlaku disekeliling aku. Harap-harap tidak berlaku pada aku lah ya doakan semoga sentiasa dilindungi

tasya forever & ever

About Us

Total Pageviews