Wednesday, May 18, 2011

Gedik

Bila sebut perkata gedik, sudah pasti akan dikaitkan dengan wanita..aku rasa kalau dulu boleh la kata..tapi zaman sekarang lelaki pun dah pandai gedik2 ni..Jadi jangan menunding ke satu arah saja..tepuk dada tanye iman k...

Sifat Semulajadi

Pertama sekali jika wanita itu gedik..apa yang boleh aku katakan hanyalah...Itu adalah sifat semula jadi wanita yang suka gedik. Dilahirkan dengan keadaan kelembutan membawa kearah gedik..Tapi jangan la terlalu gedik..

Buat-Buat Gedik

Sebenarnya..Keadaan gedik buatan ini dapat kita kenali.Mungkin orang paling rapat lebih mengenali ciri-ciri sebenar seseorang itu..Sama ada dia azali atau buat-buat gedik..Jadi anda sebagai teman jangan malu-malu tegur jika teman anda keterlaluan kegedikkannya..Kerana sikapnya itu boleh menjatuhkan maruah anda..

Mencari Perhatian

Bila keseorangan dan bersendirian, mungkin terasa sunyi..Mula lah nak bergedik-gedik depan lelaki/wanita lain semata-mata ingin mencari perhatian mereka. Kurang kasih sayang membuatkan mereka ni mencari berbagai cara untuk ambil perhatian teman-teman atau siapa saja yang diinginkan..

Lupa Diri

Lupa diri bila terlalu ikutkan hati. Bersikap gedik tanpa fikirkan perasaan orang lain. Bergedik jika tidak meyusahkan orang boleh diterima..Tapi jika menyakitkan mata-mata yang memandang, dinasihatkan kembalilah kepada diri sendiri terikut sifat yang bukan diri kita membuatkan kita lupa siapa diri kita sebenarnya..

Untuk Memikat

Ada juga sesetenggah kita ini, menggunakan kegedikkan semata2 untuk memikat hati lelaki/wanita yang diminati..Tapi ingat, tak semua lelaki/wanita itu sukakan pasangan yang gedik..

P/s - Kembalilah menjadi diri sendiri. Jangan satu saat nanti memalukan diri sendiri...

Ihsan : Kak Epal

Macam-Macam Ada

Seperti yang sume tahu la kan..facebook dah menjadi 1 tempat dan 1 detinasi untuk mencari kawan, xkurang jugak yang mencari kekasih..ada jugak yang cari mangsa..

Penangan facebook telah menular ke seluruh dunia termasuk negara kita Malaysia. Kalau xde facebook boleh dikatakan kolot pada sesetengah owg. Bagi aku pulak..ada kew, xde kew..sama jew..Dari dulu lagi aku bukan minat sangat facebook ni.

Bila aku online jew facebook aku..macam2 gelagak yang aku nampak..kadang2 aku suka, treharu pun ada..xkurang juga meluat kekadang bila baca status2 sesetenggah mereka ni..

Apa yang aku boleh katakan..macam2 karenah lah..lelaki n pompuan sama jew..termasuklah aku ikikiki..

Aku paling menyampah bila baca status2 yang mengada2 ala2 gedik gitu..Membuat aku tefikir "kenapa begitu..?? Mengapa Begini...??
Yang merayu la..menunjuk2 la..Emm sume ada lah..Kalau boleh sume dia nak cerita ..nak tunjuk kat facebook 2..Aku tengok semua tunjuk kelebihan jew..1 pon xde yang tunjuk kekurangan..cuba la klu berani..

Ada juga yang menggunakan FB untuk melepaskan geram..Ini pon jadi hal..Mengamuk sowg2 kat FB..tak terfikir kew kadang2 kata2 2 menyinggung perasaan owg lain.kan kita tahu..di FB ni kita nak Happy2..Bukan nak ratap masalah2 yang kowg cuba timbulkan.

Ini 1 lagi..yang jenis berkasih kasihan dalam FB..wahh naik berbulu kaki aku..ayat bukan main..merayu2 konon..nampak sangat kebodohannya..Kalau nak bercinta sekalipun xpayah la nak kecoh2 kat FB..tak semua yang suka..menyampah ada la..kalau ada yang suka pon pandang hujung mata jew..alaaa skadar ambil hati gitu...

Kalau hanya nak cari publisiti murahan baik xpayah la..menyemak jew..Aku cadangkan yang berkenaan 2..tampal NO TEL besau2 kat badan bas kew LRT kew..Atau papan iklan tepi jalan kew..lagi cepat dapat perhatian..:/

Kat FB tidak mengira pangkat atau keturunan semua ada..Jadi bermuhasabah lah ya termasuk la aku....

Ihsan Dari : Cik Epal (aku tambah ckit2..ikikiki)

Icon Chat Facebook

Malam ni mata xmo lena..aku usha2 la kat google apa2..xde kerja cari kerja la..saja tuk kongsi nga teman2 saja....
Ini antara icon mudah yang bpleh digunakan masa chat kat facebook...


Happy emote: :) or :-)

Really happy emote: :D or :-D


Wink emote: ;) or ;-)


Happy eyes: ^_^


Laughing eyes: >:o


Cat smile: :3


Grumpy: >:-(



Sad: :( or :-(



Crying emote: :’(



Shocked emote: :o or :-o




Glasses emote: 8) or 8-)


Cool shades: 8-|


Rude: :p or :-p


Woot?!: O.o


Dork emote: -_-


Duhhh emote: :/ or :\


Devil emote: 3:)



Angel emote: O:)


Kiss emote: :-* or :*


Love emote: <3


Pacman: :v


Robot: :|]


Weird guy’s face: :putnam:


Shark emoticon: (^^^)


Penguin emoticon: <(")


42 Red emoticon: :42:

Aku pun dah lupa ambk kat mane..:p

Thursday, May 12, 2011

Rahsia Huruf Pertama Nama Anda

Pemilihan huruf pertama pada nama juga adalah penting. Berikut sebagai sedikit panduan. Allahualam...

A
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan selain bijaksana dan cerdas. Kelemahannya, sangat mudah berasa hati, dan mudah mengeluarkan kata-kata pedas ketika meluahkan perasaan marah. Meskipun begitu marahnya mudah reda.

B
Selalu tenang dalam menghadapi masalah yang rumit dan membahayakan dirinya adalah ciri penampilannya. Mereka juga sangat setia dan penyabar, yang menjadikannya amat disenangi dalam pergaulan. Kelemahannya, sangat mudah tersinggung.

C
Ramah dan pandai berbicara. Ini yang menjadikannya popular di kalangan rakan-rakan. Mereka tidak bersungguh dalam bertindak dan selalu menganggap masalah yang dihadapi adalah remeh.

D
Pendiam, bercakap hanya bila perlu. Sopan, berdisiplin dan kuat bekerja. Kelebihannya itulah yang menghasilkan kejayaan dalam mencapai cita-cita. Kelemahannya adalah selalu bimbang dan sukar mempercayai orang lain.

E
Pandai dan penuh pertimbangan dalam menjalankan tanggung jawab. Sikapnya periang bila hatinya senang, tetapi suka berdiam diri apabila hatinya gundah dan boleh membuatkan hati orang lain terluka.

F
Punya pendirian yang teguh, tidak mudah goyah dan keras kepala. Mereka juga sukar memaafkan. Tidak setia dan amat berhati-hati bila berbelanja.

G
Kerap murung dan bersedih hati. Pendiriannya mudah dipengaruhi. Tekun belajar ketika rakannya bermalas-malasan dan sebaliknya suka bermalas-malasan ketika rakannya sedang tekun.

H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

I
Suka memendam perasaan dan permasalahan. Mereka juga mudah merasa curiga dan cemburu terhadap orang lain. Suka menangis.

J
Ramah dan murah senyuman. Mereka juga pandai menyesuaikan diri dalam pergaulan. Mudah merasa ragu dalam membuat keputusan dan tidak tegas.

K
Pandai berjenaka. Hari-harinya sentiasa ceria walaupun perasaannya gundah. Kelemahannya suka bercerita rahsia sendiri.

L
Ramah dan pandai bergaul dan mempunyai ramai kawan. Tidak suka bergosip dan mencampuri urusan orang lain. Amat berhati-hati bila berbelanja. Kelemahannya, tidak menepati masa.

M
Pandai dan kreatif, suka kelembutan dan jika dikongkong, mereka akan berontak. Senang dijadikan sahabat, kerana mereka tidak berkira. Kelemahannya, boros dan keras kepala.

N
Baik hati dan rapi dalam berpakaian.. Mereka suka menghulurkan tangan menolong orang lain tanpa memikirkan balasan. Kelemahannya, mudah bersedih hati dan kurang percaya diri

O
Serba boleh. Suka memendam perasaan dan permasalahan serta sukar mempercayai orang lain. Akibatnya ramai yang menggapnya sombong dan suka memilih teman.

P
Pandai berjenaka dan selalu ceria. Punya banyak idea dan sangat kreatif. Sering melakukan sesuatu yang belum dilakukan orang lain.. Agak pendendam dan boros.

Q
Setia dan mudah memaafkan orang lain. Suka meluangkan waktunya untuk kawan-kawan. Keras kepala, sukar diatur dan mudah emosi.

R
Pendiam dan bercakap hanya bila perlu. Tekun dengan kerja yang disukai dan bersungguh-sungguh dalam mengejar cita-cita. Suka mengkritik. Dan sukar mengawal bicara ketika marah.

S
Pandai dan tekun dalam mengejar cita-cita. Tidak suka pada orang yang suka memungkiri janji. Kelemahannya mudah tersinggung selain sukar menahan emosi. Jika sudah emosi marahnya meledak-ledak.

T
Sangat berdisiplin. Selalu mengerjakan sesuatu menurut aturan buku. Tidak suka mengelamun atau bermalas-malasan. Suka menonjolkan diri selain senang gugup, terutama bila bersalah.

U
Suka berterus-terang dan menyendiri. Naif baginya merugikan orang lain. Tidak tahan dengan kritikan dan kurang pandai menyusun kata-kata jika berbicara didepan orang ramai.

V
Tutur katanya lembut dan pemalu. Pandai meyesuiakan diri. Selain itu, mereka juga pandai menguasai orang disekitarnya dengan cerita-cerita yang memikat. Tidak suka berterus terang.

W
Ramah dan mudah simpati. Sikapnya amat menawan. Punya toleransi yang tinggi dan ringan tangan. Keras kepala dan sukar diatur, tetapi hatinya boleh dilembutkan dengan kesabaran dan kelembutan.

X
Budi pekertinya halus. Suka melakukan pekerjaan sosial. Mudah tersinggung dan tidak akan berbaik dengan mereka yang menyinggungnya.

Y
Pendiam dan tidak suka menonjolkan diri. Ramai menganggapnya sombong walaupun sebenarnya mereka adalah sahabat yang baik. Tidak berani mengemukakan pendapat.

Z
Pandai berjenaka dan menyesuaikan diri dalam pergaulan. Suka disapa terlebih dulu dan gemar menonjolkan diri.

About Us

Total Pageviews