Tuesday, December 28, 2010

Tanda-Tanda Wanita Mahu Menjauhi


Dalam menjalinkan hubungan, ada kalanya kita gagal menemui titik ketidakserasian bersama pasangan. Mungkin masalah-masalah yang timbul juga membuatkan kita mahu memutuskan perhubungan...

Bepura-Pura Masih Cinta

Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskan. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

Dia Keluar Dengan Lelaki Lain

Anda sudah bersedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat sangat biasa dan mahu anda bertemu dengannya. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan..!!

Tidak Mahu Mengaku Menjalinkan Hubungan

Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya. Selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab "ya" sedangkan dia tidak menyatakan langsung.

Mengkritik Secara Terbuka

Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih
Tetapu satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi.Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh di cari, jangan biar maruah anda diperkotak katikkan di hadapan umum.

Tidak Bersuara Langsung

Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan perhubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukkan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu suash berkomunikasi bukan..!!

Terlalu Emosi

Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wani selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau melepaskan diri.
Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jdai awas, jika wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tanda dia tidak mahukan anda lagi.

Dia Berusaha Mencari Kenalan Baru

Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak mengiginkan anda.

Tidak Mengangkat Telefon

Kalu sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara, kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya..

Minta Lelaki Lain Belanja

Bayangkan situasi ini, teman lelaki anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah di malukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja...WM

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews