Friday, April 22, 2011

Gerammmmm

Aku ni bukan baik sangat pon..tapi aku memang xboleh kalau membabitkan keluarga aku..sanggup hilang nyawa siot...

Kepada betina sial 2..tolong la jangan buat aku hilang pertimbangan..kesabaran aku ada batasnya..
aku takkan diam kalau adik aku, ko wat cam 2..apa kau ingat ko sape..

aku kenal seluruh kuarga ko ok..
sedar diri sikit la betina..aku memang pantang..jangan sebab ko..pelajaran adik aku terjejas..
ko kena ingat.kuarga aku xpernah suka ko..kenal sangat siapa ko..siapa kuarga ko..
cukup la ko rosakkan hidup adik aku..
dah banyak ko habiskan duit adik aku
entah mentera apa ko baca kat adik aku...
ko 2 bohsia..sume owg tahu..jangan jadikan adik aku magsa ko..aku tahu kuarga ko miskin tapi jangan kerana nak hidup mewah ko sanggup nak menipu adik aku..
biar miskin harta tapi kaya budi bahasa...

kalau ko nak tahu..aku dah cukup baik dengan owg..tapi ko melampau2..nak jadi pisau cukur skali pon jangan adik aku jadi mangsa..
apa ko buta adik aku sedang belajar..ko mengganggu adik aku dengan perangai ko 2..nak bergaduh bagai..ko ingat ko sape...

aku memang xpuas hati dgn ko...
jangan sampai aku g amuk kat umah ko...

adik2 dan kuarga aku macam nyawa aku..klu ko sakiti adik aku sama la ko sakitkan hati aku..
tolong la jauhkan diri ko dari adik aku..
Pas betul aku nga betina pisau cukur ni
AGhHHhHHHHH

Friday, April 15, 2011

Kelebihan Handfone

Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan.Banyak perkara yang boleh anda lakukan,antaranya : -

Nombor Kecemasan

Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112.Jika anda dalam kecemasan dan berada dikawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112.Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi,ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci ( Keypad lock )

Kereta Terkunci

Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar.Mesti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.Jangan risau,telefon bimbit boleh membantu,tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera ( alarm ) sahaja . Caranya,cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah.Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki ) dari kereta yang terkunci itu.Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat ' ON ' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.Pasti kereta anda tidak terkunci lagi,malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada.Kerana itu juga,penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini.Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

Kuasa Bateri Tersembunyi

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan.Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan.Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.Untuk mengatifkannya, tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus.Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .

Telefon Kena Curi

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri.Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda,sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin.Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit.Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat Selamat.Bila telefon bimbit anda dicuri,anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut.Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar,dia tidak akan berupaya mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut.Jadi, walaupun ia di curi,namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya

FunkerFM Dalam Utusan Malaysia

APABILA bercakap mengenai radio, kita mesti terbayangkan juruhebah atau penyampainya yang juga dikenali sebagai DJ bercakap sendirian dalam studio atau konti.

Di negara ini terdapat ratusan stesen radio dalam pelbagai bahasa untuk keperluan dan cita rasa setiap rakyat Malaysia.

Namun ia tentunya tidak sama dengan saluran radio Funkerfm yang merupakan radio Internet sepenuhnya.

Mungkin ramai yang bertanya apa bezanya Funkerfm dengan saluran-saluran radio lain yang juga boleh didengari melalui Internet?

“Bezanya kami boleh bersiaran di mana-mana sahaja,” jelas Pengarah Urusan Funkerfm, Mohd. Ariff Dan Wakiri, 37.

Uniknya Funkerfm katanya, ialah ia radio Internet 100 peratus.

Ia bukan radio frekuensi yang dipancarkan menggunakan gelombang tertentu dan perlu mempunyai stesen serta studio penyiaran.

DJ Funkerfm tidak memerlukan studio atau konti untuk ke udara. Walaupun hakikatnya mereka ada konti utama, tetapi dari rumah atau dari mana-mana tempat yang boleh bersendiri tanpa gangguan maka mereka sudah boleh bersiaran.

Malah menurut Mohd. Ariff , `konti’ mereka boleh berubah-rubah berdasarkan pergerakan dan keperluan para DJnya. Mereka boleh beroperasi dari bilik di rumah masing-masing atau dari bilik-bilik hotel.

Sebab itu para penyampainya boleh tinggal berselerak di seluruh negara. Mereka hanya bertemu jika perlu menghadiri mesyuarat bulanan ataupun mempunyai perkara untuk dibincangkan.

Kalau tidak perlu studio dan konti serta para penyampainya pula boleh berada di mana-mana sahaja, bagaimana radio ini berfungsi?

Jelas Mohd. Ariff atau lebih dikenali sebagai DJ Awie, disebabkan Funkerfm 100 peratus radio Internet, para petugasnya cuma memerlukan sebuah komputer riba bersama perisian khas untuk siaran, fon kepala bersama mikrofon dan yang paling penting adalah talian Internet.

“Sebab itu secara amnya kami boleh bersiaran di mana-mana sahaja. Asalkan mempunyai komputer riba, fon kepala dan talian Internet.

“Penyampai-penyampai kami tidak tinggal atau berkumpul di satu tempat yang sama.

“Malah mereka bersiaran dari Kuala Lumpur, Kedah, Terengganu, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan juga Selangor.

“Lagipun kesemua mereka ini merupakan penyampai separuh masa.

“Tetapi jangan salah faham, walaupun kami boleh ke udara dari mana-mana sahaja, ia tidak bermakna kami boleh bersiaran di kaki lima, kopitiam ataupun mana-mana sahaja.

“Kebiasaannya, penyampai-penyampai Funkerfm akan bersiaran dari dalam bilik, rumah masing-masing,’’ katanya.

Walaupun mereka tidak dipantau oleh pihak pentadbiran, ujar Awie, setiap penyampai Funkerfm tetap berdisiplin dengan berpakaian lengkap apabila ke udara dan tidak hanya sekadar berkain pelikat atau batik serta singlet.

Menurutnya lagi, sejak memulakan siarannya pada 14 Jun lalu, Funkerfm yang bersiaran 24 jam boleh diikuti di seluruh dunia.

Namun sudah tentu para pendengarnya tidak boleh mengikuti siaran radio ini daripada radio mereka ketika dalam kereta atau di rumah.

Tetapi ia boleh diikuti melalui laman web www.funker.fm melalui komputer peribadi ataupun komputer riba. Funkerfm juga boleh didengari melalui telefon pintar, BlackBerry dan iPhone.

Funkerfm didaftarkan dengan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SSM) serta mendapat kebenaran untuk penyiaran daripada pihak-pihak yang berkenaan.

Mohd. Ariff yang sememangnya meminati bidang hiburan serta komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) merupakan individu yang bertanggungjawab memperkenalkan Funkerfm bersama tiga lagi sahabatnya.

Pada peringkat awal ia hanya untuk suka-suka. Tetapi lama kelamaan, stesen radio Internet itu mula mendapat perhatian. Sehingga temu bual ini dilakukan pada 13 November lalu, ahli-ahli Funkerfm yang berdaftar adalah sekitar 700 pendengar. Pengikut di laman web sosial Facebook mencecah sehingga 10,000 orang.

Selain memutarkan lagu-lagu untuk hiburan pendengar. Funkerfm tidak ketinggalan menyalurkan pelbagai maklumat terutama mengenai berita terkini di Malaysia, gosip-gosip artis dan juga perkembangan fesyen.

Ada ketikanya, mereka turut menyiarkan secara langsung konsert-konsert yang diadakan seperti Konsert Kumpulan Meditasi yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Ia disiarkan secara langsung ke seluruh dunia dan sudah pasti mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pendengar-pendengar terutama sekali yang tinggal di luar negara.

Funkerfm dikendalikan 100 peratus oleh anak tempatan. Ia juga tidak terlepas daripada pemantauan pihak-pihak berwajib dan kesemua lagu yang diputarkan ditapis terlebih dahulu sebelum ke udara.

Diperkuatkan dengan 10 orang penyampai radio yang berpengalaman seperti DJ Tom, DJ Hotter, DJ Arin, DJ Zazs, DJ Gelap, DJ Nian, DJ Widy, DJ Aleya dan DJ Tasya, Funkerfm adalah untuk pendengar-pendengar semua lapisan masyarakat.

Seperti stesen-stesen radio spektrum, Funkerfm bukan sahaja memberi maklumat serta hiburan malah ia turut membuka talian sama ada melalui panggilan atau pun khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk komunikasi dua hala.

Tambah Mohd. Ariff, walaupun baru beroperasi lebih kurang enam bulan yang lalu, jumlah pendengar yang melayari laman web Funkerfm amat memberangsangkan.

“Alhamdulillah, setakat ini Funkerfm mempunyai pendengarnya yang tersendiri dan cara penyampai-penyampai kami berinteraksi dengan mereka juga berbeza.

“Seperti stesen-stesen radio yang lain, kami juga mempunyai pelbagai segmen. Setiap segmen yang ke udara, kami akan pastikan bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar. Adakalanya kami membuat kajian serta pemerhatian ke atas apa jua yang kami keudarakan.

“Selain itu, kami di Funkerfm juga berinteraksi dengan para pendengar dalam dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Secara tidak langsung ia juga dapat didengar oleh kaum-kaum lain selain Melayu,’’ ujarnya.

Oleh Mariatul Qatiah Zakaria
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar Mohd. Shaharani Saibi
dan Abdul Nazir Mohamed

Sumbangan : Utusan Malaysia Bertarikh 16 Disember 2010

Wednesday, April 13, 2011

Luahan Pujangga Pendengar FunkerFM Part 2

Di kedinginan malam yg begitu sepi membisu...
ku meleraikan segala resah rinduku padamu...
agar terubat rinduku selama ini....
yang bisa menyentuh dan menikam kalbuku....
mungkin kau tidak meyedariii...
selama ini apa yang ku simpan dihatiku...
dan mungkin kau takkan memahami apa yg ku simpan dihatiku...
atau mungkin kau telah memahami segala-galanya....
sayang aku amat merinduimu dan menyintaimu selamanya...

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

==================================================================

di kejauhan ini....
kusisipka rindu diangin lalu...
agar rindukan terus berlalu meleraikannya...
hanya bertemankan nyian unggas malam...
hanya bercahaya kan sinar rembulan...
terpandang seraut wajah diluar jendela...
melambaii2 ke arahku....
dan membisikkan sayang dan rindu padaku....
dan berkata padaku...
maafkan aku sayang...
kerna abg tak bisa menemani mu...
disaat sunyi sepimu...
kerna abg terlalu jauh diperantauan...
enhtah bila abg akan kembali...
lalu bayangan itu hilang....
rupanya aku mengelamun di jendela...

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

=================================================================

di kala kerinduan kesepian di dakapan kedingan malam,
aku menatapi potret wajah mu untuk megobati kerinduan ini,
namun setiap ku memuja kehadiran mu kau terus pergi dan terus pergi tampa pesan,
tinggal lah aku didalam kesepian ini terkapai kapai tampa haluan yg harus ku lalui

Nukilan : Rosdi Deko

==================================================================

ya Rabbi
andai nya cintaku sejati dan satu...
kau biarkanlah aku mencintaiMU tanpa ragu....
andai cinta itu mempesOnakan...
aku terpesOna akan keindahan CiptaanMu ya ALLAh...
andainya cinta itu adalah kenikmatan....
akukan bersyukur padaMU ya ALLAH diatas rezeki yang kau berikan padaku...
sesungguhnya cintaku hanyalah padaMU dan kembaliku jua hanya padaMU...

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

===================================================================

CINTA adalah kekuatan...dan CINTA juga adalah kelemahan..
jadikanlah kekuatan CINTA itu sebagai semangat juang...
untuk kita berjuang menjelajahi kehidupan kita...
yang penuh ranjau suka dan duka...
andai kita ditakdirkan dalam kesempitan...
harunginya dengan sabar dan penuh keimanan...
andai kita kesakitan...anggaplah itu penghapus setiap dosa2 silam kita....
kerana setiap cabaran itu adalah dugaan dari yang ESA ...
bagi setiap hambanya untuk menguji...
sejauh mana kah kesabaran dan keimanan kita terhadapNYA...
itu menunjukkan kita adalah hambaNYA yang terpilih....
yang pastinya kita seharusnya redha akan QADHA dan QADAR NYA....amin

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

=================================================================

di pagii hening sayu dan mendamaikan....
terjaga aku dari lena yang panjang...
berbisik hati ini...terima kasih ya ALLAH....
kerana masih lagi menghidupku....
masih lagi memberi aku peluang menikmati...
indahnya ciptaanMU ya ALLAH....
Lalu ku bersujud dan bertafakur menadah tangan padaMU...
dan berbisik...amat syahdu dan memilukan...
Ya ALLAH...saat ini terasa kerdil dan lemahnya...
aku disisiMu....berikanlah aku kekuatan...
berikanlah aku kesabaran....
tunjukilah aku jalan yang benar2 lurus..
untuk kejalan menemui MU ya ALLAH...
janganlah Kau pesOngkan hatiku...
janganlah Kau Lalaikan aku ya ALLAH...
dan aku ingin mendOakan agar Kau...
Limpahkan kurniaanMu pada kedua Orang tuaku...
saudara-saudaraku..keluargaku...sahabatku...
dan kaum muslimin dan muslimat....
letakkanlah kami ditempat yang teratas disisimu Ya ALLah....
AMINNN YA RABBALLALAMIN..

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

=================================================================

wajah siapakah yang masih dikau cariii...
setelah engkau mengecewakanku...
dan senyuman siapakah lagi yang masih dikau nantikan....
untuk mengisi setiap ruang kOsOng dijiwamu itu....
lembut nya lidahmu menuturkan kata-kata...
malafazkan segala demdam rindumu padaku...
padamu hanyalah aku yang bisa menghiburkanmu...
dan bisa menemanimu disaat sunyi sepimu....
dan jua melenyapkan segala resah rindumu padaku...
tapi kini semuanya bagaikan mimpi...
mimpi ngeri dan menyakitkan bagiku....
aku amat menderita....
mengapa begini sayang berakhirnya cinta kita...
namun apakan dayaku kerna kau tercipta bukan untukku...
kan ku relakan kau pergi jauh dari hidupku....

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

============================================================

Benar Sayang Aku Merinduimu,menyayangimu,Mengasihimu...
Tanyalah Pada Bulan Betapa Aku Setia Menantimu...
Lihatlah Pada Bintang Yang Bertaburan Dilangit...
Begitulah Kasihku Padamu Tidak Terkira...Bagai Sungai Yang Mengalir..
Bak Tebing Yang Kukuh...
Begitulah Setiaku..Itulah Janjiku Padamu...
Selagi Masih Bernafas Selagi Itulah Aku Akan Tetap Bersamamu

Nukilan : Lan Sniperz

===========================================================

.Hadirmu Bagai Suria Pagi....
Sinarnya Lembut Memamah Embun...
Tatkala Terik Ia Bagaikan Membakar Api Asmara Yang Bergelora Didada...
Kasihku Padamu Selembut Bayu Petang Yang Mengetar Dijiwa...
Rinduku Padamu Bagai Garis-Garis Senja Yang Tak Sabar Menanti Bulan Melimpahi Cahayanya Kedalam Lautan Cinta Kita...

Nukilan : Azmie Sniperz

Kenapa Cache Perlu Kosong?

Setiap kali selepas keluar atau log out daripada laman web perbankan internet, sering kali ada arahan untuk meminta kita mengosongkan cache. Apa itu cache dan kenapa perlu mengosongkannya?

-Murni , Temerloh

Cache adalah merupakan tempat simpanan sementara untuk menyimpan sesuatu maklumat atau data yang sedang diproses atau digunakan dalam sesebuah komputer.

Ia akan berada dalam bahagian tertentu pada cakera keras sesebuah komputer.

Bagi setiap pelayar web atau browser seperti Internet Explorer atau Mozilla Firefox dan sebagainya, segala maklumat web yang dilayari akan di simpan sementara dalam cache bagi setiap pelayar web tersebut.

Ini termasuk login dan kata laluan yang kita gunakan untuk memasuki sesebuah laman web seperti perbankan Internet, laman web sosial dan sebagainya.

Disarankan setiap kali sesudah kita memasuki sesebuah laman web terutama yang mempunyai transaksi kewangan, maklumat peribadi atau lain-lain, dikosongkan terlebih dahulu ruangan cache pelayar web bagi komputer yang digunakan.

Ini kerana sesiapa sahaja yang boleh mencapai komputer tersebut dan seterusnya pergi ke ruangan cache akan boleh memperolehi segala maklumat dan data yang terdapat di dalamnya.

Namun begitu, sekiranya ia adalah komputer kepunyaan sendiri, bagaimana?

Ya. Ia tiada masalah tetapi bagaimana sekiranya komputer tersebut jatuh ke tangan orang lain atau dipinjam untuk kegunaan orang lain?

Sudah tentu ia berisiko apatah lagi sekiranya komputer tersebut bukan milik kita seperti komputer yang terdapat di makmal-makmal pusat pengajian atau kedai-kedai akses Internet.

Lagi satu masalah adalah sekiranya komputer kita sering menggunakan capaian Internet tanpa wayar seperti Wi-fi dan sebagainya, ia memudahkan komputer tersebut terdedah kepada aktiviti pencerobohan atau penggodaman.

Sudah tentu sekiranya ia dicerobohi, maklumat dan data dalam cache tadi mudah diperolehi.

Bagi keselamatan maklumat dan data, perlu kita menghapuskan data atau maklumat yang terdapat di dalam cache pada pelayar web yang digunakan.

Seterusnya adalah kaedah untuk menghapuskan data yang terdapat dalam cache bagi pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox.

Bagi Internet Explorer, ruangan cache ini dikenali sebagai Temporary Internet Files. Sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'

*Pilih 'Internet Options'

*Klik 'General'

*Pada ruangan 'Browsing History', klik 'Delete'

*Pilih 'Temporary Internet Files' dan klik 'Delete'

*Klik 'OK'

*Klik 'OK' sekali lagi untuk menutup Internet Options.

Bagi Mozilla Firefox sila ikut langkah-langkah yang di bawah:-

*Klik 'Tools'

*Pilih 'Options'

*Pilih 'Advanced' dan klik 'Network'

*Pada ruangan Offline Storage , klik Clear Now.

*Klik 'OK'

Bagi pelayar web Mozilla Firefox, ia boleh dikonfigur secara automatik dengan mengosongkan ruangan cache apabila program Mozilla ditutup. Iaitu dengan cara seperti yang berikut:-

*Klik 'Tools'

*Pilih 'Options' , pilih 'Privacy'

*Pada ruangan 'History', setkan bahagian 'Firefox will:' kepada Use custom settings for history.

*Klik kotak semakan untuk Clear history when Firefox closes.

*Klik pada Settings, akan dipapar satu tetingkap Settings for Clearing History.

*Klik pada kotak semakan untuk ruangan 'Cache'.

*Klik 'OK' dan klik sekali lagi 'OK'

Itulah maklumat dan panduan berkenaan dengan cache yang ada dalam pelayar web yang digunakan.

Cara untuk menghilangkan data pada cache ini tidak sama bagi kesemua jenis pelayar web.

Di sini, saya berikan panduan untuk menghilangkan data cache yang ada pada pelayar web Internet Explorer dan Mozilla Firefox sahaja.

Sekiranya ada permintaan untuk pelayar-pelayar web yang lain, sila e-melkan kepada saya. Semoga semuanya memberi manfaat kepada semua.

Sumbangan : Utusan Malaysia

Luahan Pendengar FunkerFM

Kata orang Cinta itu Indah..
dulu saya tak tahu yang Cinta itu Indah..
baru kini saya faham Cinta itu memang Indah...

Indah bila saya dapat bersama dia yg saya Cintai...
dapat memberi yg terbaik untuk dia...
saya akan setia menemani saat sunyi sepi dia..
saya akan sentiasa buatkan dia tersenyum dan bahagia bersama saya...
saya sayang dia..

saya akan lindungi dia dari terluka...
saya akan cinta dia samapai ke nafas terakhir saya...
saya sanggup lakukan dan kOrban kan apa saja untuk dia...
TAPI....
perasaan dia kat saya kOsOng..
.dia anggap saya sbgai kawan aje..

baru saya sedar dia tak pernah cintakan saya..
kerna dihatinya dah ada yg lain..
bagaikan luruh hati saya..
hanya airmata temani saya..dia bunuh hati dan perasaan saya...
dia dah pudarkan keindahan cinta saya...s
ampai hati dia buat saya mcm nii..

selama ini semuanya tak bermakna dan sia2 pada dia....
tQ cOz buat sy mcm ni??

Nukilan : Zurwati Abd Rahman
‎ ~♥~waty~FID98O~♥~

================================================

Cinta itu aneh..
sukar utk ditafsirkan..
datangnya bkn dari paksaan,
perginya pula tanpa kerelaan..

Cinta itu penuh dgn mesra dan kasih sayang..
Ianya perlu dibelai dgn kelembutan bagi menyerikan lg keindahannya..
Kekasaran blh mencipta sebuah perpisahan...
CINTA ITU KETAWA & AIRMATA ~ :)

Nukilan : Akira Dea Amor
♥ f|d 2o2 ♥

================================================

bahagia manapun cinta itu,
pasti akan ada air mata yg mengalir juga..
sbb bukan cinta namanya kalau x lalui saat susah senang suka duka bersama..
sbb itulah dalam cinta itu pasti ada ketawa dan air mata seiringan bersama..

Nukilan : Princess Didi

================================================

Ketawa & Airmata itu adalah hiasan dlm percintaan..
kalau xde semua itu maka hilanglah seri dan cantiknya apa yg dinamakan "Percintaan".
Namun yg lebih pntg adalah cuba membina keserasian bersama pasangan,
bertolak ansur, menerima kelebihan& kekurangan pasangan.
Dan yang paling paling paling penting sekali berdoalah agar percintaan yang terjalin kekal sehingga ke akhir hayat..

Nukilan : Noripah Wazir

===================================================

cinte itu anugerah drpd illahi..
hanya dia yang mengasihi kita tanpa mengira waktu dan tempat..
tetapi cinta kita kepada-Nya?? fikir2 kanlah...
bak kate doktor fadhilah kamtumi..
keputusan yang cemerlang datangnya dari akal dan turun ke hati...

Nukilan : Semut Kerengga

=====================================================

Adakah manusia yang mengaku dirinya bukan seorang pecinta?
Bagai pujangga mereka menebarkan kata-kata indah ..
Namun...Sesungguhnya cinta yang indah adalah cinta pertama ...
Tak lapuk sepanjang masa, indah terpatri di jiwa kita buat selamanya..:))

Nukilan : Kedah WebChat

=====================================================

Di pagi subuh yang hening...
aku sendiri bersujud padamu ya rabbi...
tatkala ku menadah tangan menyeru namamu ya ALLAH..
airmataku mula berlinangan...
kurasakan betapa kerdilnya diri ini....
terasa lemah dan berdOsanya diri ini...

ya ALLAH....
andainya kehidupan ku lebih baik...
Kau panjangkan lah usia ku untuk menikmati ciptaanmu Ya ALLAH...
sesungguhnya andai kematianku yg sepatutnya aku pasrah....
dan ku memOhOn kepadamu biarlah pergiku sebagai insan...
insan yang beriman kepadamu Ya ALLAH....
dan aku akan sentiasa bersyukur setiap apa yang ditakdirkan untukku...
kerna aku akan kembali jua padaMU bilamana engkau kehendaki...AMINNNN

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

==========================================================

ibu....

dikeheningan malam ini
hati ku sayu takala
ku terkenangkan
dirimu wahai ibu ku...
disaat mahligai impian ku terlaksana
dirimu tiada berada disisiku...
ku masih ingat lagi
kali terakhir kulihat wajahmu ibu
iaitu di saat ibu di kafankan
jasadmu dibaluti kain berwarna putih
tika itu jua airmata ku
mengalir tanpa henti...
namun malam ini
airmataku menitis kembali
kerana ibu tiada di hari pernikahan
ku nanti...
ibu kasihmu tiada bandingannya
didunia ini
bicara mu yang terakhir akan ku
ingat hingga ke hujung nyawa ku ini

Nukilan : Dayang Ku Amira Anis

==================================================

disaat berlabuh sepi...
kerinduan datang bertamu...
kusisipkan rindu itu jauh dilubuk hatiku...
namun ku tak bisa lagi meluahkan padamu...
kerna tak bisa menahan linangan air mataku...
kerna terbayang saat2 indah bersamamu...
biarpun hanya seketika...
namun ia adalah kenangan yg terindah..
dalam hidupku...

kerna
ku tak mungkin lagi dapat bersamamu...
kerna pergimu tak mungkin kembali lagi...
ku sentiasa panjatkan dOa...
agar dirimu sentiasa damai disana...
nantikan aku di pintu SYURGA...
kerna aku jua akan pergi jua akhirnya nanti....
pergi ku bersama cintamu yang bersemi dihatiku..

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

===============================================

AKu Rindu Dia
Suaranya….Tawanya
Masih terbayang di ufuk benak ku
Datang menyapa menyentuh illusi

Tiba2 aku termanggu antara cinta rindu dan benci
Aku terperangkap di dalam sebuah illusi
Malam yang bertandang
Menerpa jendela hati
lalu ia menyentuh kembali
Membuai aku dengan rasa dan kasihnya suci
Aku termanggu
Aku termenung lagi
Adakah dia akan kembali…..
Aduh rindu pula rasa dihati

Hasil Pena : Juhana Jiha

============================================

sayang..
bila rindu ku sebut namamu selalu
hanya dirimu yang ku rindui
setiap saat hanya wajahmu kubayangkan
kau yang ku sayang....
mungkinkah bahagia
akan berada didepan kita
wahai sayang ku...
wajahmu dimataku selalu
kini hanya potretmu
untuk ku lepaskan rindu ini
hanya airmata jadi
teman setiaku dikala
rasa rindu ini datang bertandang dihati ini
sayang...aku cinta aku rindu
hanya padamu sayangku

Nukilan : Dayang Ku Amira Anis

=====================================================

sayang....
disaat aku mencintaimu
ku ingin dirimu selalu
berada disisiku
namun kau pergi jua
meninggalkan diriku ini
kerana tugas mu sayang...
ku akan setia menanti kepulanganmu
didaerah sepi ini...
hanya kau yang ku cintai
ku sayangi hingga akhir hayatku ini

Nukilan : Dayang Ku Amira Anis

===================================================

sayang...
hapuskanlah air matamu..
kerna aku tak bisa menahannya...
luruh jiwa ragaku saat kau terluka...
kerna terlalu menyayangi..
terlalu mencintai...
takkan ku biarkan dirimu terluka...
dan kecewa lagi...
akan aku sentiasa menemanimu...
setiap saat dan waktu tanpa rasa jemu...
akan ku abadikan diriku untukmu...
kerna selamanya aku akan mencintaimu....

Nukilan : Zurwati Abd Rahman

==================================================

hati berbisik lalu berkata-kata padamu...
sememangnya aku sangat mencintaimu...
sudah lama ku pendamkan...
hingga kini baru dapat ku luahkan...
tapiii...
aku sangat kecewa dan terluka saat itu...
kerna hatimu telah dimiliki....
apa daya ku....
terpaksa ku terima jua...
hakikatnya engkau ditakdirkan..
bukan untukku...
namun izinkan aku terus mencintaimu...
dan menyeru namamu saat aku merinduimu....


Nukilan : Zurwati Abd Rahman

================================================

Sekiranya satu hari nanti
seorang sahabat mula membenci
dan tidak menghiraukan
kehadiran dirimu
hanya kerana dirimu
menjadi diri sendiri.
Maafkan lah dia
dan anggap lah ia adalah
mimpi dan kenangan semalam.
Usah di kesali kerana
ada ramai lagi yang menghargai
siapa dirimu sebenarnya.
Hanya Allah S.W.T saja
yg mengerti isi hatimu sebenarnya.
Love and Miss U All my dearest bestfriends
tiupan ciuman dr angin lalu ikhlas dgn penuh kasih sayang dari ku..

Nukilan : Sha Rizal Adam


===================================================================

Sebenernya aku cinta sama kamu sayang, tapi pliisss jangan membatasiku untuk berteman dengan teman-temanku..
aku perlukan mereka karena mereka temanku.. Aku tahu ini semua salahku.. karena sudah menyalahgunakan kepercayaanmu..
Tapi kali ini percaya padaku..

Maafkan aku yang sudah menyakitimu..
sesungguhnya aku cuma ingin kau mengerti sayang.. betapa aku mencintaimu..
Beri aku kebebasan.. jangan perlakukan aku seperti ini.. Aku cinta pada mu..
Sumpah.. aku cinta..

jujur aku lelah jika terus kau terus curiga padaku..
tapi apa yang bisa aku lakukan?? aku cuma bisa mengalah..
aku terus salah jika melawan..

Aku bersyukur kamu adalah kekasih yang sangat pengertian..
kamu sungguh bisa mengerti aku.. dan semua sudah menyetujui hubungan kita..
jadi tak ada alasan lagi aku meninggalkan kamu..
karena hubungan kita bukan hanya sebuah rasa sayang lagi..
tapi sebuah komitmen, yang dibangun dengan susah payah dari air mata dan pengorbanan kita masing-masing..


seandainya kamu tahu sayang...
sesungguhnya aku...
aku cinta padamu

======================================================================

Puisi Pujangga

Makna Cintamu

Apa yang ada pada aku..??
Cantik..kaya..berpangkat..??
tidak..semua itu aku tidak punya..
Kau hanya memandang aku pada paras rupaku yang cantik...
bagaimana jika satu saat nanti
kecantikkan ini hilang dari pandanganmu..??
apakah kau akan menyintaiku lagi..??
pasti tidak kan..

Duhai kasih..
Aku menyintaimu sepenuh hatiku..
Aku tidak pernah bandingkan dirimu dengannya
kerana aku iklas menyintaimu
menyintaimu seadanya..

Tidak pernah terdetik dihati ini untuk menyakitimu
mempermainkan perasaanmu
membunuh rasa kasihmu
menghancurkan jiwamu
kerana yang aku tahu
Aku cinta padamu....

Nukilan : Tasya


Pergilah Kasih

Dulu..saat pertama kita bersua
kau begitu manja denganku
begitu tenang disisiku
begitu indah disaat itu..

Tapi mengapa sayang..
bila hadirnya dia
kau berubah..berubah sedemikian rupa..
hingga aku tidak kenali siapa lagi dirimu..

Sayang..
Sungguh mudah kau memulakan
namun mengapa kini kau hancurkan..
tidakkan kau rasa setiap getaran yang aku sampaikan padamu
tidakkah kau rasa setiap hembusan cintaku padamu
tidakkah kau rasa hangatnya cinta ini buatmu..
begitu mudah kau lupakan
saat-saat indah kita dulu
hanya kerana hadirnya dia..

Sayang..
Dimana kurangnya aku
hingga kau sanggup tinggalkan aku buatnya
insan yang baru kau kenali..
Apakah kurangnya cintaku buatmu selama ini
Apakah kurang kasih sayangku padamu selama ini
hingga sanggup kau hancurkan hati ini
yang terlalu menyintaimu....

Nukilan : Tasya


Teman Tapi Mesra

Begitu sukar inginku nyatakan padamu
Akan rasa hati ini..
Tidakkah kau dapat rasakan hembusan cinta ini buatmu
Apakah kau tidak dapat baca isi hati ini
yang sentiasa menyebut namamu..

Bagimu aku hanya teman biasa
teman dikala duka lara
tapi bagiku..
kau insan terpilih untuk memenuhi hati ini
setelah sekian lama kesepian...

Mengapa kau duga hati ini
jika aku hanya teman buatmu
mengapa kau goyang jiwa ini
jikau kau tidak inginkan aku

Kau buat aku terpesona dengan mu
Kau buat aku sentiasa menrindui
setiap saat ingin sentiasa bersamamu..
senyumanmu mengundang kedamaian hatiku
gelak tawa mu mendamaikan hati ini
tapi bila kau menangis..
bertapa peritnya aku rasai..

Biarlah aku berlalu pergi
dari menyiksa hati ini
kebahagiaanmu ketenangan hatiku..

Nukilan : Tasya


Jangan kau Kembali

Sekian lama kau pergi
pergi meninggalkan diri ini sendirian
mengapa kini kau hadir kembali
hadir menagih kasih lama
kasih yang sudah tiada

Dulu..
aku tidak tidak sekali terfikir untuk meninggalkanmu
tetapi sanggup kau pergi tanpa kerelaanku
bertapa seksanya hati ini
bertapa hancurnya rasa cinta ini..
kau pergi membawa bersama cintaku
bawa bersama hatiku..
bertapa sukarnya aku hidup tanpamu

Janganlah kau merayu lagi
pergilah mencari kebahagiaanmu
kerna kebahagiaan itu bukan lagi disini...

Nukilan : Tasya


Kau Sinaranku

Sayang..
tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta padamu
mungkin benar kata pujangga
cinta tak kenal siapa..

Kau hadir tepat masanya
disaat aku buntukan kasih seseorang

Terima kasih sayang
pabila aku perlukan bahu untuk menangis
kau hulurkan padaku..
sehingga aku merasakan
kau pelindung aku

Sejak hadirnya kau dalam hidupku
duniaku berwarna warni
berseri dengan gelora cintamu
kini aku bahagian denganmu
ingin rasanya
aku laungkan pada dunia
bahawa Akulah kekasihmu...

Nukilan : Tasya


Pelengkap Hidupku

Abang...
dirimu sunggu istimewa buatku
Hadirmu bagaikan pelengkap ku
kau cukup sempurna buatku
membuat aku malu untuk mendampingimu..

Abang..
Janganlah cuba menduga hati ini
Aku rebah bila kau pandang mataku
aku terpaku bila kau kucup bibirku
aku terpesona akan kelembutanmu
bagiku..kau insan terbaik untukku

Abang..
walau kita tidak berkesempatan bersama
namun aku bahagia..
hadirmu bagaikan satu anugerah yang tak ternilai buatku
janganlah kau pergi dariku

Aku tahu apa y tersirat dihatimu..
aku dapat baca setiap lirik matamu
cintiku ada disitu..

Abang..
Aku sedar diri ini hanya insan biasa
yang begitu kerdil disisimu
namun aku punya hati yang iklas n suci hanya untukmu
telah aku bentangkan satu ruang khas untumu dihatiku
telah kuukir namamu di ruang paling indah didasar hatiku

janganlah kau tinggalkan aku walau hanya dalam mimpi
aku tidak rela kehilanganmu lagi
kerana kau..
kau adalah pelengkap hidupku...

Nukilan : Tasya


Hanya PadaMu

Apa lagi nak aku katakan..
Setelah berulang kali aku katakan
bertapa aku cinta padamu
tapi mengapa masih meraguiku..

Apa aku tidak cukup indah buatmu
Apa aku tidak cukup matang tuk menyintaimu
sehingga kau buat aku melara seperti ini
sampai hatimu

Ketahuilah olehmu sayang
tiada dua atau tiga selain dirimu
tiada insan lain bertakhta di hati ini hanya kamu..

hanya padamu cintaku bersemi
hanya padamu kasihku berputik
hanya padamu sayangku bersemadi
hanya padamu ku serahkan jiwa ini..
hanya padamu ku lontarkan getaran rasa ini..
hanya padamu...

Nukilan : Tasya


Ibuku

Ibu
pergimu bagaikan kiamat buatku
hilangmu membuat hidup aku sepi
mengapa begitu cepat kau pergi tinggalkan aku
disaat aku masih perlukan perhatianmu
disaat aku masih buntukan kasih sayangmu..
kau pergi tanpa sempat aku menikmati cintamu

oh ibu
andai kau dapat mendengar tika ini
ketahuilah olehmu bertapa aku merinduimu
bertapa aku perlukanmu

Ibuku
aku masih ingat saat kau disiku
masih segar dlm ingatanku
kau belai diriku dengan cintamu
kau berikan aku kasih sayangmu
kau jaga aku sepanjang waktu
kau lindungi aku
kau pertahankan aku
tapi kini..aku hanya mampu menatap 2 nisan
hanya tugu kau tinggalkan pada aku

oh Ibu
Setiap pengorbananmu kan aku semat dihatiku
ketahuilah olehmu ibu
tanpamu aku bukan siapa2
tanpamu aku hanya insan hina
insan yang tak punya apa


oh ibu kaulah ratu dihatiku..Damailah kau disana selamanya
janjiku bertemumu di syurga..

Nukilan : Tasya


Hanya Padamu Kekasih

sayangku...
disaat ini kau telah pergi dariku
pergi meninggalkan jasadku
pergi kau bawa bersama hati
yang kau hancurkan

sungguh kejam kau membuat aku terluka keranamu
sungguh kau sanggup membuat aku tersiksa begini

sayang..
dimana janji2 mu waktu kau bahagia disampingku
apakah susah tiada sedikit rasa cintamu padaku..??
sudah hilangkah sayangmu buatku
sudah padamkah kasihmu untukku...

mengapa kau berubah tanpa relaku
aku rela di tinggalkanmu
tapi janganlah kau buang hatiku padamu

sayang..
walau dimana kau berada
kenangilah aku
insan yang pernah menyintaimu
insan yang yang pernah membahagiankanmu
insan yang pernah mendampingimu
disaat kau suka dan duka

sayang
setiap langkahmu
kan aku iringi dengan doaku
ku hanya insan biasa yang mampu memandangmu dr kejauhan
tak bisa menyentuhmu
tak bisa membelaimu
tak bisa menatap matamu
pergilah sayang
kebahagiaanmu adalah syurgaku

hanya padamu cintaku bersemi
hanya padamu kasihku berputik
hanya padamu sayangku beri
hanya padamu selamanya.....

Saturday, April 2, 2011

Masalah Pada Ikon Windows

Hafiz Nazir , KL.
Maklumat berkenaan dengan ikon-ikon dan konfigurasinya yang terdapat dalam Windows disimpan dalam satu tempat simpanan yang dikenali sebagai icon cache.

Dengan cara begini, Windows berupaya mengoptimumkan penggunaan ikon-ikon yang terdapat di dalamnya tanpa perlu membuka setiap fail larian iaitu fail .exe dan lain-lain.

Di samping itu, dengan cara ini, Windows tidak perlu mengimbas satu demi satu ikon yang akan digunakan di dalamnya pada setiap masa dan ketika.

Kemungkinan besar masalah ini berpunca daripada fail sistem yang bermasalah bagi Windows untuk melakukan proses caching bagi membolehkan ikon-ikon di dalamnya berfungsi dengan baik.

Apabila proses ini terdapat kecacatan, ia akan menyebabkan ikon-ikon tadi berfungsi dengan tidak baik atau tidak berfungsi langsung. Contohnya ikon-ikon tersebut bertukar-tukar secara rawak setiap kali digunakan.

Kesemua ikon menjadi hitam atau kesemua ikon yang ada menggunakan ikon yang sama, ikon-ikon tersebut bertindihan antara satu sama lain dan sebagainya.

Bagi mengatasi masalah tersebut, bolehlah dilakukan dengan beberapa kaedah seperti yang akan dibincangkan seterusnya iaitu:-

* Menghidupkan kembali atau restart komputer anda. Kadang kala ia berupaya mengatasi banyak masalah komputer selain daripada masalah ikon ini.

* Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.

* Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

* Membina semula icon-cache dengan membuang sistem icon-cache yang sedia ada.

* Menyahpasangkan program Tweak UI dengan mengunakan fungsi ADD/REMOVE yang terdapat dalam Control Panel Windows.

Membina semula icon-cache dengan menukar saiz ikon-ikon tersebut.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Buka Control Panel dan klik pada butang Display untuk membuka fungsi tersebut.

* Pilih tab Appearance dan klik butang Advance.

* Pada ruangan Item, menyusur ke bawah dan pilih Icon.

* Tingkatkan nilai pada ruangan Size dan klik butang Apply.

* Masukkan kembali nilai pada ruangan Size dengan nilai yang lama dan klik butang Apply.

* Klik butang OK.

Meningkatkan keupayaan icon-cache ini dengan menambah nilai STRING dalam fail sistem pada Registry Windows.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Klik butang Start dan seterusnya klik butang Run.

* Taip regedit pada ruangan Run dan klik OK.

* Ia akan membuka satu program Registry Windows yang menyimpan segala konfigurasi fail sistem untuk Windows.

Seterusnya, cari baris konfigurasi seperti di bawah dan tetapkan nilai seperti di bawah:-

[HKEY_LOCAL_MACHINE \Software \Microsoft \Windows \CurrentVersion\Explorer]

Max Cached Icons > "8192"

Julat nilai bagi Max Cached Icons adalah di antara 100 hingga 8192. Nilai lalainya yang telah ditetapkan oleh pihak Windows adalah 512. Nilai tersebut boleh diisi dengan nilai kurang daripada nilai 8192. Nilai yang dikatakan berpatutan adalah di antara 2000 hingga 8192.

Langkah-langkah yang boleh diambil bagi kaedah ini adalah seperti berikut:-

* Buang fail sistem yang tersembunyi iaitu ShellIconCache.

* Bagi Windows yang lama ia tersimpan dalam C:\Windows\ ShellIconCache atau C:\Winnt\ ShellIconCache.

* Bagi sistem Windows yang baru, anda perlu cari fail Iconcache.db. Di mana bagi Windows XP ia terletak di C:\ Documents and Settings\Your User Name\Local Settings\Application Data\Iconcache.db

* Tutup kesemua proses-proses bagi explorer.exe dengan menggunakan Task Manager atau sebagainya.

* Dengan menggunakan Task Manager, buka kembali fail exlorer.exe dengan menekan butang CTRL+SHIFT+ESC atau menekan kembali butang CTRL+ALT+DEL untuk kembali semula ke Task Manager.

* Apabila Windows Explorer dibuka kembali apabila fail explorer.exe dibuka, ia akan membina semula secara betul fungsi bagi fail icon-cache.

Masalah ikon-ikon tidak berfungsi dengan baik atau paparannya bermasalah adalah disebabkan gangguan kepada konfigurasi fail sistemnya di dalam Windows.

Ini boleh terjadi disebabkan oleh ada fail-fail sistem tertentu dibuang atau dikonfigurasikan dengan tidak betul dengan sengaja atau tidak sengaja.

Ia juga boleh disebabkan masalah program pemacu perkakasan (driver) atau komponen-komponen komputer.

Ia perlu dibuat semakan dan sekiranya bermasalah, selesaikan masalah ini terlebih dahulu dengan memasang semula dan sebagainya.

Ia juga boleh disebabkan oleh program malware atau virus yang duduk dalam sistem komputer. Dengan itu, perlu dilakukan langkah-langkah tertentu seperti mengemaskini perisian anti-virus dan Windows, melakukan proses imbas dan perbetulkan dengan perisian anti-virus atau program security fix.

Semoga bermanfaat.

Sumbangan : Utusan Malaysia

Penceroboh FACEBOOK

Sering kedengaran berlakunya pencerobohan terhadap akaun-akaun laman web sosial Facebook. Bagaimanakah untuk menggunakannya secara selamat?



- Suria , KL

Dewasa ini, penggunaan laman web sosial Facebook menjadi satu budaya penting dalam kehidupan seharian.

Ia bukan sahaja tertumpu kepada penggunaan peribadi tetapi digunakan sebagai satu alat teknologi maklumat untuk komunikasi antara pelanggan-pelanggan dengan agensi-agensi jualan, rakyat dengan pemerintah, pelajar-pelajar dengan pensyarah dan lain-lain.

Capaiannya menerusi Internet juga tidak terbatas kepada penggunaan komputer peribadi yang mempunyai sambungan talian tetap.

Malah, dengan munculnya alat-alat komunikasi mudah alih berkuasa tinggi dengan harga yang murah seperti komputer tablet, komputer riba, netbook dan telefon pintar berupaya mencapai laman web Facebook menerusi talian Internet tanpa wayar.

Masa, alat dan tempat bukan lagi menjadi kekangan utama untuk mencapainya.

Oleh itu, laman sosial Facebook ini boleh dicapai di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja.

Malah, ada kedai-kedai atau pihak-pihak tertentu yang menyediakan kemudahan capaian Internet tanpa wayar ini secara percuma menerusi teknologi Wifi.

Capaian Internet tanpa wayar ini sebenarnya mengundang sebahagian besar masalah pencerobohan ke atas akaun-akaun di laman web Facebook.

Ini kerana data-data atau maklumat ‘berterbangan’ di udara dan sesiapa sahaja berupaya mengambilnya termasuklah data-data yang penting seperti login dan kata laluan.

Tambahan pula program-program komputer untuk tujuan pencerobohan ini agak mudah diperoleh di Internet dan mudah digunakan.

Dengan itu, berhati-hati dan berpada-padalah ketika melayari Internet menerusi capaian tanpa wayar ini.

Antara langkah-langkah awal yang boleh di ambil untuk menggunakan laman web sosial Facebook ini dengan selamat ialah menerusi konfigurasi keselamatan dan privasi yang baik pada akaun Facebook tersebut.

Apabila kita mencapai laman web sosial Facebook menerusi Internet sama ada menerusi teknologi berwayar atau pun tidak berwayar, sambungan terhadap laman web tersebut tidak dienkrip.

Ini bermaksud, sesiapa sahaja yang berupaya berada di kawasan sambungan tersebut akan boleh memperolehi apa sahaja maklumat atau data yang melalui sambungan itu secara jelas termasuk login dan kata laluan.

Bagi mengatasi masalah sambungan yang tidak dienkrip ini, pihak Facebook telah menyediakan fungsi keselamatan untuk kita mengenkrip sambungan capaian ke laman web Facebook menerusi Internet.

Dengan ini, sesiapa boleh atau berupaya mendapatkan data-data atau maklumat yang melalui sambungan tersebut tetapi data-data dan maklumat tersebut tidak dalam bentuk yang nyata.

Data atau maklumat tersebut akan disembunyikan dalam bentuk yang rahsia.

Penceroboh atau penggodam perlu meemecahkan kod terhadap proses enkripsi yang dibuat terhadap data atau maklumat itu untuk mendapatkannya.

Dalam Facebook, anda perlu pergi ke ruangan konfigurasinya.

Seterusnya memilih fungsi Account Security dan tandakan pada ruangan Secure Browsing (https).

Seterusnya, jangan lupa untuk menyimpan konfigurasi yang telah anda buat dengan mengklik pada butang Save.

Fungsi Secure Browsing ini baru sahaja diperkenalkan oleh pihak Facebook.

Jadi, pastikan dikemas kini terlebih dahulu akaun Facebook tersebut dengan kemas kini yang dianjurkan oleh pihak Facebook.

Sekiranya fungsi tersebut masih belum ada dalam akaun kita, sila maklum atau mohon kepada pihak Facebook atau nantikan sahaja kemas kininya oleh pihak Facebook.

Hasil daripada konfigurasi tersebut, melayari laman web Facebook menerusi Internet akan dienkrip seperti mana melayari laman-laman perbankan Internet yang menggunakan protokol keselamatan rangkaian https.

Selain daripada itu, pastikan juga konfigurasi untuk fungsi Privacy bagi akaun Facebook adalah baik. Pastikan dan tentukan mana maklumat yang perlu dikongsi oleh siapa sahaja dalam akaun Facebook anda. Pihak Facebook ada menyediakan cadangan konfigurasi Privacy dalam perkongsian maklumat seperti maklumat peribadi, maklumat rakan, gambar dan lain-lain.

Anda boleh tentukan sama ada anda mahu berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja, rakan sahaja, rakan kepada rakan sahaja atau menerima cadangan pihak Facebook.

Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan konfigurasi tersebut, boleh memilih pilihan Custom. Di sini, anda boleh membuat konfigurasi sendiri untuk perkongsian maklumat dan boleh menetapkan hanya untuk tatapan atau capaian diri sendiri.

Konfigurasi pada bahagian Privacy ini penting bagi mengelakkan pihak yang tidak bertanggung jawab memanipulasikan maklumat yang dikongsikan atau dijadikan panduan untuk melakukan penggodaman atau pencerobohan terhadap akaun Facebook seseorang.

Sekiranya ada mana-mana akaun rakan Facebook yang disangsikan tujuannya, bolehlah kita blok akaun tersebut dalam fungsi Block Users.

Kadangkala kita melihat remeh-temeh berkenaan dengan fungsi Security dan Privacy dalam akaun Facebook ini.

Namun begitu, sekiranya akaun Facebook mendapat masalah seperti digodam dan sebagainya, barulah kelam kabut untuk mencari jalan penyelesaian.

Jadi, sebelum perkara yang lebih parah berlaku, marilah kita ambil langkah berjaga-jaga dengan melaksanakan konfigurasi yang betul dan selamat pada akaun Facebook.

Selain daripada itu, berhati-hatilah dengan e-mel palsu yang meminta maklumat dan kata laluan bagi akaun Facebook anda.

Ia merupakan satu penipuan yang sepatutnya kita sedar akan perkara tersebut dengan menyemak kembali sambungan URL yang disediakan, e-mel tersebut dihantar secara tiba-tiba tanpa ada keperluan atau anda memintanya, semak penghantar e-mel tersebut dan lain-lain.

Ia merupakan satu teknik penggodaman yang sangat mudah tanpa perlu melakukan perkara-perkara teknikal kerana pemilik akaun Facebook sendiri yang memberi maklumat-maklumat penting tersebut. Layari Internet dan laman web Facebook anda dengan selamat dan berhati-hati.

Sumbangan : Utusan Malaysia

About Us

Total Pageviews