Tuesday, October 5, 2010

Oktober


Sedar atau tidak kita sudah melangkah ke bulan oktober iaitu bulan ke 10 ditahun 2010..Cepatnya masa berlalu terasa seolah-olah baru semalam kita melangkah di tahun 2010..Grrrr

Apa yang pasti kita sudah pun berada disini dan tak mampu lagi berundur ke belakang.Percaya atau tidak itulah yang berlaku dan aku masih lagi disini dan masih begini..

Aku masih fikirkan apakah azam yang belum aku gapai..Emmm bila di hitung memang banyak laaaa Hehehehehe. Nak tahu apa..?? "biarlah rahsiaaaa" bak kata cik CT
Aku sudah dapat rasakan kaki aku berpijak dibumi yang nyata..Alhamdulillah
Walau tidak semua menjadi kenyataan namun sekurang-kurangnya bila aku ingin menutup kamus 2010 adalah jugak kenangan manis yang boleh aku kenang.

Manisnya hidup ini kiranya kita dapat menikmatinya sepenuhnya.Tapi kita hanya insan biasa yang hanya mampu merancang tetapi DIA yang menentukan.Aku juga dapat nikmati kebahagiaan walau hanya seketika..Aku berpuas hati kerana hidup begini bagaikan burung yang terbang di angkasa..Bebas sebebasnya tanpa ada yang menyekatnya.

Walau dimana aku berada, aku masih tahu siapa aku dan di mana asal usur aku..Tidak pernah sesekali lupa.Kepada mereka-mereka yang cuba nak sedarkan aku baik tak payah laaa kerana aku masih waras dan masih belum lupa daratan.Biarlah aku dengan cara hidup aku kerana aku berhak menentukan warna-warna untuk aku warnai dunia aku.

Sepanjang hidup aku, Seingat aku la,,tidak pernah sekali aku membenci sesiapa apa lagi ingin menaruh dendam Plssss laaa..
Cara aku mudah saja... Selagi tidak menyentuh perasaan mana-mana pihak selagi itu aku kan teruskan dan selagi hati aku percaya aku tidak salah selagi itu aku akan melangkah. Penat berlari aku akan berjalan..kalau penat berjalan aku naik kereta..LRT pun manyak.."Ada Aku Kisah"..

Kesimpulannya hati aku gembira dan jiwa aku tenteram yang amat. Terima kasih Tuhan kerana memberi aku menikmati ketenangan hidup ini.... :)

tasya forever & ever

About Us

Total Pageviews