Monday, January 3, 2011

10 Tip Menjadi Pekerja Yang Disayangi & Disenangi


Cemburu melihat teman sekerja anda diiktiraf sebagai pekerja cemerlang..?? Sebenarnya tidak sukaruntuk menjadi pekerja berdedikasi, seterusnya disayangi majikan. Namun ia harus diiringi usaha keras anda. Ikuti tip bagaimana menjadi pekerja yang disayangi dan disenangi...

Elak Bersikap Sombong

Orang boleh melihat sikap negatif itu melalui pertuturan, pandangan mata dan juga bahasa tubuh anda. Jadilah seseorang yang merendah diri. Seperti resmi padi, makin berisi, makin tunduk kerana anda sebenarnya tidak akan rugi apa-apa sebaliknya lebih dihormati.

Senyum

Senyum itu satu sedekah. Oleh itu, selalulah lemparkan senyuman manis anda kepada mereka di sekeliling anda. Cara itu, orang akan menganggap anda sebagai seorang yang mesra dan mudah didekati.

Iklas

Dalam pergaulan, tunjukkan keiklasan. Jangan biarkan mereka berprasangka bahawa anda berbaik-baik dengan mereka apabila diperlukan sahaja atau atas tujuan tertentu sahaja. Sebaiknya sentiasa kekalkan hubungan baik bersama rakan sekerja.

Bersikap Terbuka

Anda pasti disenangi jika mengamalkan sikap ini. Walaupun mempunyai pendapat dan pendirian sendiri. Tidak salah jika anda mendengar pandapat orang lain. Pasti ada sesuatu yang boleh dipelajari daripada perbincangan.

Sorok Hal Peribadi

Jangan meminta pertolongan teman sepejabat untuk hal-hal peribadi terutamanya jika anda tidak lagi rapat dengannya. Namun kebanyakanya tidak perlu gemar terlibat dalam hal sebegini kerana melambangkan anda seorang yang tidak profesional.

Pendengar Yang Perihatin

Apabila berbual dengan teman-teman sepejabat, jangan pula anda memotong percakapan mereka. Pastikan semua mendapat ruang yang seimbang untuk melontarkan pendapat.

Jaga Pertuturan

Anda harus bijak menjaga perhubungan dan komunikasi dengan mereka yang banyak memberikan informasi bagi melicinkan kerja anda. Jangan terlepas cakap atau emosi kerana anda pasti akan memerlukan kerjasama mereka pada masa akan datang.

Berikan Penghargaan

Tidak salahnya jika anda memberikan sedikit penghargaan kepada mereka yang banyak membantu terutamanya yang melibatkan projek besar. Ia tidak semestinya mahal, tetapi memadai dengan ucapan terima kasih yang iklas.

Jangan Meminggirkan Diri

Anda mungkin seorang yang tidak gemar bersosial, setidaknya senyum atau bertegur sapa walau sekadar berkata "Hai". Selain itu, ada baiknya jika anda tidak menolak undangan yang datang. Sesekali penuhi undangan bagi mengeratkan lagi silaturahim.

Berkeyakinan

Tanamkan sikap percaya pada diri sendiri ketika bergaul. Kebanyakan yang suka berkawan dan disayangi mempunyai elemen ini dalam diri mereka. Tidak mustahil anda akan dikelilingi teman yang rapat di pejabat.

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews