Thursday, January 6, 2011

Mengapa Wanita Tidak Kahwin..??


Tentu sekali setiap insan impikan sebuah kehidupan yang sempurna. Semua manusia impikan satu perkahwinan...Tapi tidak semua mampu perolehi apa yang diidam-idamkan.. yang dapat itu Alhamdulillah...Ini kadang-menjadi perkara mengapa wanita tidak mahu akhiri zaman bujangnya..Mungkin kadang kala kita terlepas pandang tentang hal ini.. Ikuti mengapa wanita tidak mahu berkahwin...


Mempunyai Tanggungjawab

Ada sesetengah wanita terikat dengan tanggungjawab untuk menjaga keluarga (ibubapa) mungkin disebabkan kesempitan hidup jadi mereka mengabdikan diri untuk menanggung keluarga..Kiranya dia berkahwin sudah pasti dia harus meninggalkan keluarganya. Melainkan mendapat suami yang memahami. Tapi susah nak temui lelaki yang faham keadaan dirinya. Bagi mereka isteri adalah miliknya..

Kerjaya

Sudah pastinya wanita zaman milenium ini sudah moden dan berfikiran terbuka. Semua wanita di zaman sekarang mempunyai kerjaya dan karier sendiri. Kerana kejayaan yang dimilikki tidak mahu di sia-siakan. Kadang kala tidak semua lelaki akan benarkan isterinya bekerja bila sudah menjadi miliknya (berkahwin). kerana itulah sesetenggah wanita memilih untuk membujang semata-mata untuk penuhi akan kerjayanya.

Pengalaman

Ada wanita sebelum ini pernah mendengar cerita-cerita teman-teman atau mungkin pernah berlaku dihadapan mata sendiri ahli keluarga yang pernah mempunyai masalah rumahtangga sehinggakan dia takut untuk melauinya kerana bimbang akan berlaku terhadap dirinya. Siapa yang tidak fobia bila melihat sendiri kesulitan dalam hubungan berumahtangga. Itu pun menjadi sebabnya.

Tiada Jodoh

"Tiada jodoh" itu perkataan yang selalu kita dengari bila bertanya pada mereka yang berkenaan. Ya memang betul jika itu jawapannya, kerana kita tidak mengetahui siapa jodoh kita sebenarnya. Kalau la kita tahu, mungkin kita sendiri yang meminangnya..hak hak hak..Ya la kan kita tahu siapa jodoh kita, sudah pasti kita tidak mahu terlepas kan..kan..kan..

Takut Tersalah Pilih

Faktor lain adalah takut tersalah pilih, iya la kan mane tahu orang yang kita pilih sebagai teman hidup tu seorang panas baran kew nanti hari-hari kena pukul kew, kena dera kew..seorang playboy kew..kaki judi kew..hah tidak kew menyesal nanti. sesal dulu pendapatan, sesal kemudian inlah jadinya kan. Maklum la zaman sekarang ini lelaki berkurangan. Jangan ingat sebab lelaki berkurangan atas dunia ni, mereka nak megah-megah kan. Setakat ini belum ada yang kempunan sebab tak ada lelaki.

Memilih

Ada juga wanita ni memilih. Betul la semua harapkan yang terbaik tapi ingat tidak ada yang sempurna. Kadang2 wanita menharapkan bertemu dengan seorang lelaki yang kacak, kaya, berpangkat. Bagi mereka bila punya suami yang punya semua itu hidup akan sempurna tapi tidak semua la kan. Biasa la lelaki yang kaya dan bergaya ni menjadi rebutan ramai. Tak takut kew kena kebas..hak hak hak

Pilihan Hati Bukan Pilihan Keluarga

Ini pun satu hal. Kalu tak kawin mak ayah bising suruh kawin, tapi bila kita nak kawain dengan senang hatinya di tolak hanya semata-mata pilihan kita ini tidak kaya la, tak ada kereta la bla bla bla. Dari tak dapat kawin dengan pilihan kita sendiri baik tak payah kawin terus. Kepada Ibubapa tu tak payah la memilih sangat bukan kalian yang nak kawin..hak hak hak adesss

Bukan Pilihan

Ada juga disebabkan diri dia ni bukan bakal menantu pilihan. Itu belum lagi jadi mertua, dah nak komen2 la..itu tak kena, ini tak kena. Kalau jadi mertua entah apa jadinya. Dia ingat anak dia tu hensome sangat kew nak memilih2 pulak. Setakat kerja pun "Budak Pejabat" siapa nak heran. Nasib baik gadis ini nak kat anak dia. Mengada2

Tidak Mahu Di Kongkong

Emm wanita n gadis zaman IT semua cerdik-cerdik..Bebas dalam kehidupan. Kalau kawin nanti semua terkongkong. Nak buat itu tak boleh, nak keluar tak boleh. Sebenarnya bukan tidak boleh langsung tapi semua nak kena lakukan bersama2 suami. Itu suami, bila ada anak pulak, nak kena angkut semua sekali. Sebab itu untuk memasukki alam rumahtangga kita perlu bersedia agar semua tidak terabai.

Belum Bersedia

Belum lagi bersedia untuk memikul tanggungjawab. Perkahwinan ibarat melayarkan sebuah bahtera di lautan. Suami adalah penerajunya. Isteri penunjuk arahnya. Jika tidak bersedia janganlah termimpi untuk berlayar. belum sampai dah pasti akan karam di tenggah lautan.

Sibuk Dengan Kerja

Iya la..Bila dah bergelar wanita berkerjaya pastinya tanggungjawab itu besar. Jadi mana ada masa untuk fikirkan semua ini. 24jam kerja hinggakan pejabat dah jadi rumah kedua bagi wanita berjaya. Cinta tak kan datang kalau tak dicari kan..Bukan nak kamu cari lelaki, sekurang2nya biarlah orang tahu yang kamu ni "wujud"..

Kekasih Di Kebas Orang

Ini pun satu kes. Dah elok2 bercinta bertahun lamanya tiba2 dikebas orang pulak. Kamu tak boleh salahkan si perampas tu. Sebaliknya cuba cari kelemahan diri sendiri. Mungkin ada sebab dia pergi tinggalkan kamu. Emm bila mana kekasih dah pergi kamu mungkin hancur hati dan menutup seluruh pintu hati untuk lelaki lain. Tapi tak menyesal kew huhuhu

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews