Sunday, January 2, 2011

Selamat Datang 2011


SELAMAT DATANG 2011..!!

Tahun 2010 telah melabuhkan tirainya dan kini 2011 telah menjelma. Ini bermakna usia kita meningkat setahun lagi.

Bagi aku tahun 2011 dimulakan dengan cerita sedih. Tapi itu aku lah kan.. Tak mahu cerita hal aku pulak...HeHeHeHe

Sepanjang tinjauan aku sambutan Tahun Baru 2011 di sambut dengan meriahnya di seluruh negara. Di Shah Alam contohnya..Sambutan hebat di adakan di ICT..bermacam2 aktiviti di adakan dari jam 4 hingga 12 malam detik 1 januari.

Juga menjadi satu trand orang kita jika ada perayaan atau hari kebesaran, rasanya tidak lengkap tanpa letusan bunga api, tidak terkecuali sambutan Tahun Baru. Itu dapat di lihat di mana-mana saja bila detik 12 malam i januari...
Ramai akan berkumpul untuk meraikan bersama-sama tidak kira agama dan keturunan.

Antara kita sedia atau tidak, masa tidak akan menunggu kita. Cepatnya masa berlalu sedangkan terasa seperti baru semalam kita sambut tahun 2010. Begitulah cepatnya masa berlalu.

Siapa saja mengharapkan di tahun baru ini akan menjanjikan kebahagian.Azam akan di tanam bila tiba tahu baru. Tapi ingat jangan hanya dengan adanya azam dalam diri namun tanpa usaha, tawakal dan berdoa, itu hanya akan menjadi sia-sia saja. Semua itu tidak akan datang bergolek tanpa usaha. "usaha tangga kejayaan"

Seperti yang kita lihat kemajuan sekarang ini.. Semua itu ada berkat usaha kerajaan dan di sokong dengan doa dari kita semua, negara kita masih mampu berdiri setaraf dengan negara2 seiringnya. Syabasss

Buka mata lebarkan telinga.. Jangan terlalu bangga dan ghairah dengan kejayaan dan keamanan yang kita kecapi selama ini.. Kerana bila2 masa akan runtuh jika kita leka dengan kemajuan tanpa kita sedari..Seharusnya kita bersyukur dengan kesejahteraan negara kita yang hampir merealisasikan wawasan 2020 yang bakal tiba.. Bukan semudah yang kita fikirkan.

Sepanjang 2010 banyak mencatat kisah2 pahit dalam negara kita. Tidak mustahil akan berulang jika kita hanya mengoyang kaki.

Tetapkan dalam hati moga setiap kebahagian akan menjadi milik kita.. Dan semoga setiap Azam yang di tanam di awal tahun ini akan membuahkan hasil..InsyaAllah....

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews