Thursday, January 6, 2011

Siapa Yang kuat Cemburu


Cemburu adalah satu sifat azali dalam diri manusia. Setiap insan di dunia ini miliki sifat cemburu walau sedikit. Patinya setiap hari mesti ada yang dicemburui. Suami cemburukan isteri dan sebaliknya, kawan cemburu kan kawan, pakwe cemburukan makwenya.. Macam-macam la ada. Cemburu kerana kelebihan orang lain adalah sifat yang tidak patut ada, Mengapa kite tidak cemburu kerana dia rajin berusaha dan kenapa tidak kita berusaha untuk berjaya sepertinya..??

Cemburu dengan rakan-rakan sekerja hanya kerana mereka sering diangkat oleh bos kamu. Tidak salah untuk cemburu tapi cemburulah dengan satu nekad untuk berjaya sepertinya dengan usaha dan keyakina. Jangan pula kena terlalu cembura hingga sanggup lakukan sesuatu yang tidak baik. Itu merosakkan diri sendiri. Bersainglah dengan bersih.

Cemburu dalam rumahtangga sentisa ada walaupun tidak dinyatakan. Suami cemburukan isteri kerana isteri berpangkat lebih darinya, suami cemburu isteri punya kawan-kawan. Tidak di terkecuali isteri cemburukan suami. Suami pulang kerja lewat, dikatakan berpoya-poya, suami bersembang dengan kawan wanita dikatakan ada hubungan..macam-macam lagi cemburu dalam rumah tangga ni. Bukan tidak boleh cemburu, tapi kalau keterlaluan itu mungkin tidak baik untuk perhubungan kamu. Mana tidaknya, Handfone 24jam berbunyi semata-mata nak tahu suami/isteri berada dimana, dengan siapa bla bla bla..Klu skali tu biasa la..kalau dah berpuluh-puluh kali sehari boleh membuat timbul kerimasan pada pasangan anda la...

Cemburu dengan kawan-kawan pun kerap berlaku. Mungkin kawan-kawan mempunyai kelebihan dari dirinya mula la timbuk rasa cemburu..Kawan2 ada makwe, sibuk nak cari makwe jugak. Kawan2 beli kereta baru, sebuk nak tukar kereta baru walau kereta tu baru jew beli. Kawan2 pakaian mahal2, sibuk nak jugak walau terpaksa berhutang sekali pun. Ini punya kawan pun ada kew...Mesti la ada kan..Kita seharusnya tumpang gembira bila kawan kita berjaya bukanya sibuk nak meniru. Ya la kalau dah cemburu apa pun boleh jadi kan.

Ni lagi banyak..Cemburu dengan kekasih hati. Kes ini memang jelas2 kita nampak kan. Itulah siapa suruh cari makwe/pakwe yang ensem. pastu tak habis-habis nak cemburu. Dia nak keluar pun kena info, nak makan kena info, nak keja kena info, sampaikan nak berak pun kena info. Melayan jew lah perasaan cemburu kekasih kamu tu. Tapi ingat tidak semua pasangan boleh terima keadaan tu..belum kawin dah ada cemburu macam tu, kalu dah kawin tak tahu laaaaaa

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews