Thursday, December 30, 2010

2010 Menutup Tirainya


Hari ini adalah hari terakhir kita berada dalam tahun 2010. Dalam sedar atau tidak, kita kita telah lepasi satu lagi tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Hingga ada di antara kita tidak sedar 2010 akan melabuhkan tirainya malam ini. Malam ini akan bercahayalah bumi ini dengan percitkan bunga api yang di sambut di seluruh negara. Apa yang pasti tahun 2010 meninggalkan 101 kenangan manis dan pahit dalam kehidupan kita.

Emm dah tiba masanya kita menutup diari 2010 dan 2011 ada di buka. Semua mengharapkan kedatangan 2011 lebih baik dari sebelum ini.

Bagaimana dengan "Azam"..?? sudah menjadi satu trand bila tiba tahu baru pastinya ramai menanam 1 azam untuk tahun itu. Bukan mengharap tapi hanya sebagai satu tanda atau destinasi yang ingin kita kecapi. Tapi apakah azam lama dah tertunai..?? jika belum tidak mengapa..bawakan aja ke tahu seterusnya. Jangan berduka , janganlah sedih jika azam tidak kesampaian..Ada hikmah disebaliknya..

Kepada yang telah berpeluang dan berjaya milikki Azam itu..tahniah di ucapkan. Bukan semua yang bertuah sepertimu..Tapi jangan pula kita alpa dengan keberjayaan itu bukan sepenuhnya milik kita..

Sepanjang melalui di tahun 2010, banyak kenangan-kenangan manis dan pahit tercipta. Ada yang menikmati dan ada juga yang mengecewakan. Walau apa jua yang dirasai, laluilah dengan iklas dan sabar.. Mungkin di tahun hadapan akan temui segalanya..

Sudah tiba masanya untuk kita menutup diari 2010 memandangkan ia sudah sampai ke penghujungnya. Semua orang mengharapkan penutup yang mengembirakan.. Tapi apa yang pasti, walau banyak kisah2 sedih sepanjang 2010, sudah pasti ada manisnya walau satu baris. Kenangan manis itulah pengubat kepedihan.

Ada di antara kita menitiskan airmata kerana 2010 akan meninggalkan kita. Pastinya 2010 tidak akan kembali lagi. Kita harus pandang kedepan dan teruskan melangkah kerana kehidupan perlu di teruskan walau kita tidak menginginkannya. Pahit manis yang di cipta adalah hitam putih kehidupan kita.

Biarpun apa alasannya, itulah kenyataan..
Selamat Tinggal 2010

Tuesday, December 28, 2010

Tanda-Tanda Wanita Mahu Menjauhi


Dalam menjalinkan hubungan, ada kalanya kita gagal menemui titik ketidakserasian bersama pasangan. Mungkin masalah-masalah yang timbul juga membuatkan kita mahu memutuskan perhubungan...

Bepura-Pura Masih Cinta

Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskan. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

Dia Keluar Dengan Lelaki Lain

Anda sudah bersedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat sangat biasa dan mahu anda bertemu dengannya. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan..!!

Tidak Mahu Mengaku Menjalinkan Hubungan

Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya. Selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab "ya" sedangkan dia tidak menyatakan langsung.

Mengkritik Secara Terbuka

Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih
Tetapu satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi.Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh di cari, jangan biar maruah anda diperkotak katikkan di hadapan umum.

Tidak Bersuara Langsung

Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan perhubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukkan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu suash berkomunikasi bukan..!!

Terlalu Emosi

Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wani selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau melepaskan diri.
Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jdai awas, jika wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tanda dia tidak mahukan anda lagi.

Dia Berusaha Mencari Kenalan Baru

Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak mengiginkan anda.

Tidak Mengangkat Telefon

Kalu sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara, kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya..

Minta Lelaki Lain Belanja

Bayangkan situasi ini, teman lelaki anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah di malukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja...WM

Tip Berdepan Bos Cerewet


Memenuhi kemahuan majikan atau ketua merupakan tanggungjawab pekerja. Namun tidak dinafikan kadangkala karenah dan kemahuan mereka sukar dipenuhi. Bagaimana jika setiap hari anda perlu berhadapan dengan majikan atau ketua yang cerewet dan sukar mengerti kehendaknya..??

Tumpukan Kepada Masalah Dan Bukannya Individu

Setiap kali berhadapan dengan ketua yang cerewet, anda perlu sentiasa bersedia. Biasanya mereka suka bertanya banyak soalan kepada pekerja kerana mereka mahukan kesempurnaan dalam setiap tugasan.
Cuba elakkan diri daripada menilai sikap peribadinya sebaliknya fokuskan kepada masalah yang berbangkit, Ketepikan seketika ego anda ketika berhadapan dengan ketua yang sukar difahami supaya anda dapat menyelesaikan tugas dengan baik.

Kenali Majikan Atau Ketua

Jalan terbaik adalah anda perlu mendekati majikan atau ketua dan mengenalinya. Ambil tahu latar belakang dirinya, keluarga dan minatnya. Sebaiknya tonjolkan keiklasan hati anda.
Ini kerana apabila anda telah mengenalinya, anda akan lebih memahami sikapnya yang sebenar dan akan lebih mudah menerima setiap arahannya.Percayalah, apabila golongan atasan mempunyai hubungan baik dengan anda, dia akan bertindak lembut dan tidak akan mengomel panjang walaupun anda melakukkan kesilapan.

Dengar Dan Belajar

Sebagai seorang pekerja, anda perlu mempunyai kemahiran mendengar yang baik kerana dari situ, anda dapat memahami arahan yang dinyatakan. Anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh orang lain. Ini membantu anda melaksanakan tugas yang bertanggungjawab dengan mudah.
Majikan atau ketua juga berhak menegur bagi membetulkan kesilapan anda. Terus menghormati dan bersikap baik kepadanya walaupun dia pernah memarahi atau bersikap kasar. Berbicara baik dan bijak dengan mereka.

Lakukkan Banyak Kerja Kreatif

Walaupun ia sebenarnya tidak banyak membantu namun daripada satu aspek ia tidak kurang pentingnya. Kerja kuat sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan anda menyelesaikan masalah dengan lebih efisien. Mungkin selepas ini ketua anda lebih mempercayai anda dan kurang mengkritik setiap tugasan anda.

Tekankan Kemahuan Anda

Sekiranya anda tahu apa dikehendaki oleh ketua anda, maka lebih mudah untuk anda manarik perhatiannya. Kreativiti anda dalam menangani masalah dan menyediakan cadangan yang bernas tentu akan dihargai.

Pertimbangan Altanatif Anda

Amat penting bagi seorang kakitangan sesebuah organisasi mempunyai pilihan terhadap tugasan yang akan dilakukan. Namun jangan sesekali bersikap menunjuk pandai yang akhirnya menikam diri. Majikan atau ketua menyukai pekerja yang berkeinginan tinggi, cepat belajar dan bijak berkomunikasi. Secara logiknya, mereka tidak suka orang yang merasakan diri lebih hebat daripada dirinya.

Dapatkan Komitmen Dalam Bentuk Tulisan

Ketua anda mungkin tidak selesa beradadi pejabat atau mereka mudah berubah fikiran. Oleh itu, anda perlu menyediakan bukti secara bertulis komitmen yang sudah dipersetujui.

Petua

Yogurt Atasi Masalah Kelemumur

Bagi melembutkan dan mengatasi masalah kelemumur, sapukan yogurt yang telah di campurkan bersama perahan sebiji limau nipis keseluruh rambut. Biarkan selama setengah jam. Kemudian cuci rambut dengan air suam. Lakukan dua kali seminggu..

Elak Pahit Peria

Bagi mengilangkan atau mengurangkan pahit peria, basuh peria yang hendak dimasak terlebih dahulu. Potong sedikit bahagian buah yang bertangkai dan bahagian berlawanan itu dibiarkan tegak dengan bahagian berlawanan tangkai berada di bawah. Biarkan berkeadaan begitu selama satu jam sebelum masak.

Kicap Rawat Luka Melecur

Jika anda terkena minyak panas, sapukan kicap masin atau garam bahagian yang terlibat. Hasilnya lecur tidak gelembung dan rasa pedih cepat hilang.

Kulit Makin Gebu

Bagi mendapatkan kulit yang halus, cerah dan gebu, anda boleh mengambil sesudu susu tepung dan dicampurkan dengan madu dan sedikit air suam. Sapukan pada muka sepertimemakai masker. Kemuadian cuci muka menggunakan air suam. Amalkan tiga kali seminggu.

Bawang Goreng Lebih Rangup

Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih ranggup, selepas bawang kecil dimayang taburkan sedikit tepung gandum. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya, bawang yang digoreng bukan sahaja rangup tetapi jiga kekuningan dan tahan lama.

About Us

Total Pageviews