Tuesday, December 28, 2010

Petua

Yogurt Atasi Masalah Kelemumur

Bagi melembutkan dan mengatasi masalah kelemumur, sapukan yogurt yang telah di campurkan bersama perahan sebiji limau nipis keseluruh rambut. Biarkan selama setengah jam. Kemudian cuci rambut dengan air suam. Lakukan dua kali seminggu..

Elak Pahit Peria

Bagi mengilangkan atau mengurangkan pahit peria, basuh peria yang hendak dimasak terlebih dahulu. Potong sedikit bahagian buah yang bertangkai dan bahagian berlawanan itu dibiarkan tegak dengan bahagian berlawanan tangkai berada di bawah. Biarkan berkeadaan begitu selama satu jam sebelum masak.

Kicap Rawat Luka Melecur

Jika anda terkena minyak panas, sapukan kicap masin atau garam bahagian yang terlibat. Hasilnya lecur tidak gelembung dan rasa pedih cepat hilang.

Kulit Makin Gebu

Bagi mendapatkan kulit yang halus, cerah dan gebu, anda boleh mengambil sesudu susu tepung dan dicampurkan dengan madu dan sedikit air suam. Sapukan pada muka sepertimemakai masker. Kemuadian cuci muka menggunakan air suam. Amalkan tiga kali seminggu.

Bawang Goreng Lebih Rangup

Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih ranggup, selepas bawang kecil dimayang taburkan sedikit tepung gandum. Kemudian goreng seperti biasa. Hasilnya, bawang yang digoreng bukan sahaja rangup tetapi jiga kekuningan dan tahan lama.

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews