Saturday, August 14, 2010

Bicara Hati


Aku dan dirimu ibarat lagu dan irama seperti sukar untuk dipisahkan. Secebis cinta yang dibina atas dasar cinta dan kasih sayang telah terlerai. Siapa sangka siapa menduga begini akhirnya. Cinta yang dipertahan bersama telah terhenti tanpa rela dihati. Sakitnya hanya DIA yang tahu,,
Bukan aku tak cinta padamu tapi mengertilah ini kerana keterlaluan mencintaimu. Seharusnya kau tahu apa sebenarnya yang aku rasa. Izinkan aku merawatnya sendiri.

Tidak aku nafikan kau insan terhebat yang pernah menawan hatiku. Setiap bisikkan manismu, kemanjaanmu, sentuhanmu berjaya membuka hatiku. Kehadiranmu tidak sedikit aku sia-siakan. Aku membalas cintamu semahunya tanda aku jua memerlukanmu..

Hari ini terungkap sejuta kata yang membinasakan. Engkau pun seharusnya tahu berat untuk aku nyatakan. Namun aku hanya insan biasa yang lemah pada semuanya. Sekian lama aku merana untuk nyatakan dan hari ini terjawab jua akhirnya. Aku tahu yang ada dalam hatimu dan kau pun jua tahu apa yang ada dalam hatiku namun aku abaikan semua itu. Aku tenung dalam matamu, aku cuba selam ke dasar hatimu dan aku temui keiklasan dan kejujuranmu.

Agak memeritkan namun aku pendamkan. Aku tidak titiskan airmata walau itu yang cuba terjadi. Demi janjiku padamu tidak setitik airmata jatuh didepanmu. Aku sedayanya menahan agar kau tidak nampak akan sebaknya jiwa aku.

Apa yang aku terkilan kau tidak menyambut tanganku untuk terakhir kalinya. Selah-olah kau tak benarkan aku mendekatmu. Aku ingin mencium tanganmu dan mengucup dahimu untuk terakhir kali namun kau cuba menjauhkannya. Itu yang berjaya membuat airmataku mengalis di sepanjang perjalanan aku. Tidak aku menoleh ke belakang kerna aku faham kau tidak ingin dan muak dengan wajah ini yang menyakitimu.

Tidak mengapa andai itu yang kau mahukan kerna aku seharusnya pasrah dengan ketentuannya. Biar bibir ini melafazkannya namun hati tidak pernah rela. Malah aku akan terus pelihara cinta kita hingga hujung nyawa. Biarlah aku menangis sepuasnya, selepas ini pada siapa lagi airmata ini akan mengalir. Harapan aku moga kau abaikan diriku walau apa saja yang terjadi kerana aku bukan milikmu lagi. Biarkan diri ini terabai hidup tanpa cinta dan kasih sayangmu. Ada hati yang perlukanmu ada jiwa yang telah kau lukai. Ubatilah kelukaan itu bersama. Aku disini akan terus memandangmu walau dari jauh.

Izinkan namamu terus terpahat dihati ini menjadi satu tugu sebagai tanda pernah wujudnya cinta sejati antara kita. Biarlah kenangan-kenangan manis bersama menjadi teman dalam aku mengharungi liku-liku kehidupan. Sejujurnya kau buang setiap kerisauan dihatimu, aku tetap aku yang hanya insan biasa yang tahu menilai cinta dan kasih sayang. Akan aku bawa kemana saja aku pergi hanyalah sekeping hati, cinta yang aku agungkan dan kasih sayang yang membahagiakan. Hanya itu yang aku milikki dan itulah harta paling berharga yang aku milikki..

Walau aku kehilanganmu namun aku mampu menarik nafas lega kerna aku lepaskanmu pada yang sepatutnya. Pada insan yang mencintaimu lebih dari aku mencintaimu. Cinta yang kau harapkan tiada dalam diriku yang serba kekurangan. Kau punya segalanya...
Aku ingin melihat kau kecapi kebahagiaan dan hidup dengan corak yang kau inginkan. Senyumanmu penawar lukaku.

Usah kau fikirkan tentang diri ini, aku baik-baik saja. Memang sukar untuk aku lupuskan ingatanku padamu dan itu menyiksa setia urat nadiku. Aku tidak akan lupakan dirimu seorang insan yang pernah membahagiakan diriku. Hadirmu memberi aku sinar saat aku dalam kegelapan. Walau kau tiada lagi disisiku , aku akan terus mengulit setiap detik-detik kemanisan yang kita cipta bersama. Ia akan terus tersimpan disudut paling istimewa dalam hatiku dan ia akan kekal disitu...

Aku kehilangan kata-kata bila kau tidak lagi disampingku. Pada siapa ingin aku luahkan rasa hati ini..?? semua menjadi kelu dan bisu..

Aku tidak dapat mengawal perasaan aku dan tidak mampu menerima hakikat kau tidak aku milikki. Kerana tidak tahan beban sakit ini, aku cuba lenakan mataku dan ubat ini bisa membantuku melupakanmu walau seketika...
Aku rasakan diriku sudah cukup dewasa untuk tempuhi semua ini walau hati aku tergugat namun aku harus tanganinya sendiri..

Pergilah sayang aku izinkan pemergianmu dan bawalah cinta kita bersama. Aku hanya mampu mengerakkan hatimu dan aku tidak layak memaksamu kerana aku tahu kau jua tidak mengharapkan pengakhirnya begini. Pandanglah kedepan, jalanmu terbentang luas untuk kau susuri. Tersenyumlah sayang walau aku tiada disisimu. Yakinlah, tangan yang memimpinmu kini akan cuba membawa dirimu naik jauh ke awan. Jangan kau pandang aku yang berada di bawah ini kerana akan melukakan hatimu. Jangan kau titiskan airmatamu kerana kecundangan cinta kita. Sebaliknya kau harus puas bila cintaku telah digantikan dengan cinta sejati dari seorang isteri yang pernah membahagiakanmu, dia akan terus dan terus mendampingimu seumur hidupmu..

Pejamkan matamu dan pastinya kau akan rasa aku dekat dengamu. Biar cinta kita berakhir namun hidup harus diteruskan demi mencari kebahagiaan masing-masing..

Relakanlah aku pergi dari hidupmu untuk selamanya kerana aku bukan milikmu....
Jangan kau menangis untukku. Simpanlah untuk yang lebih memerlukan. Hadirku tidak dijemput, pergiku tidak ditangisi...

About Us

Total Pageviews