Tuesday, December 28, 2010

Tip Berdepan Bos Cerewet


Memenuhi kemahuan majikan atau ketua merupakan tanggungjawab pekerja. Namun tidak dinafikan kadangkala karenah dan kemahuan mereka sukar dipenuhi. Bagaimana jika setiap hari anda perlu berhadapan dengan majikan atau ketua yang cerewet dan sukar mengerti kehendaknya..??

Tumpukan Kepada Masalah Dan Bukannya Individu

Setiap kali berhadapan dengan ketua yang cerewet, anda perlu sentiasa bersedia. Biasanya mereka suka bertanya banyak soalan kepada pekerja kerana mereka mahukan kesempurnaan dalam setiap tugasan.
Cuba elakkan diri daripada menilai sikap peribadinya sebaliknya fokuskan kepada masalah yang berbangkit, Ketepikan seketika ego anda ketika berhadapan dengan ketua yang sukar difahami supaya anda dapat menyelesaikan tugas dengan baik.

Kenali Majikan Atau Ketua

Jalan terbaik adalah anda perlu mendekati majikan atau ketua dan mengenalinya. Ambil tahu latar belakang dirinya, keluarga dan minatnya. Sebaiknya tonjolkan keiklasan hati anda.
Ini kerana apabila anda telah mengenalinya, anda akan lebih memahami sikapnya yang sebenar dan akan lebih mudah menerima setiap arahannya.Percayalah, apabila golongan atasan mempunyai hubungan baik dengan anda, dia akan bertindak lembut dan tidak akan mengomel panjang walaupun anda melakukkan kesilapan.

Dengar Dan Belajar

Sebagai seorang pekerja, anda perlu mempunyai kemahiran mendengar yang baik kerana dari situ, anda dapat memahami arahan yang dinyatakan. Anda perlu memahami apa yang dikehendaki oleh orang lain. Ini membantu anda melaksanakan tugas yang bertanggungjawab dengan mudah.
Majikan atau ketua juga berhak menegur bagi membetulkan kesilapan anda. Terus menghormati dan bersikap baik kepadanya walaupun dia pernah memarahi atau bersikap kasar. Berbicara baik dan bijak dengan mereka.

Lakukkan Banyak Kerja Kreatif

Walaupun ia sebenarnya tidak banyak membantu namun daripada satu aspek ia tidak kurang pentingnya. Kerja kuat sahaja tidak mencukupi untuk membolehkan anda menyelesaikan masalah dengan lebih efisien. Mungkin selepas ini ketua anda lebih mempercayai anda dan kurang mengkritik setiap tugasan anda.

Tekankan Kemahuan Anda

Sekiranya anda tahu apa dikehendaki oleh ketua anda, maka lebih mudah untuk anda manarik perhatiannya. Kreativiti anda dalam menangani masalah dan menyediakan cadangan yang bernas tentu akan dihargai.

Pertimbangan Altanatif Anda

Amat penting bagi seorang kakitangan sesebuah organisasi mempunyai pilihan terhadap tugasan yang akan dilakukan. Namun jangan sesekali bersikap menunjuk pandai yang akhirnya menikam diri. Majikan atau ketua menyukai pekerja yang berkeinginan tinggi, cepat belajar dan bijak berkomunikasi. Secara logiknya, mereka tidak suka orang yang merasakan diri lebih hebat daripada dirinya.

Dapatkan Komitmen Dalam Bentuk Tulisan

Ketua anda mungkin tidak selesa beradadi pejabat atau mereka mudah berubah fikiran. Oleh itu, anda perlu menyediakan bukti secara bertulis komitmen yang sudah dipersetujui.

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews