Saturday, September 25, 2010

Cinta Luka

Apa harus dilakukan untuk luputkan semua diingatannya.Tiada niat untuk melukakan apatahlagi menyakitkan.Meluahkan setiap inci perasaan bahawa aku sayang padanya. Tanpa aku duga hanya sekadar kata-kata.
Akhirnya aku kehilangan seorang sahabat bila aku melafazkan kata sayang.Seharusnya aku pendamkan saja sampai akhir nafas aku agar aku tidak kehilangan insan bergelar sahabat.
Setelah aku berfikir sedalam-dalamnya.Jalan terbentan luas dan aku masih mampu melangkah sendirian.Buangkan setiap inci perasaan sayang padanya.Itu jalan terbaik untuk aku kembalikan talian yang hampir terputus hasil kebodohan aku.
Aku tidak menghargai cinta sebenar dihadapan aku yang selama ini mengharapkan cintaku.Biarpun tidak pernah terlintas apatah lagi menerimanya dengan seiklasnya namun tidak ada salahnya aku mencuba.Aku harus menghargai keiklasan hatinya.Tidak akan aku sia-siakan lagi.
"Ya Allah Ya Tuhan ku sekiranya dia kau jadikan untuk aku, kau dekatkanlah aku padanya tapi sekiranya dia bukan untuk aku milikki, kau jauhilah dia dari aku..
YaAllah Ya Tuhan ku sekiranya dia bertanya tentang rinduku, katakan padanya rinduku hanya padaMU..Sekiranya bertanya tentang cintaku, katakan padanya, cintaku hanya pada Nabimu..Dan sekiranya dia mengharapkan kasihku, katakan padanya, kasihku hanya pada kedua orang tuaku...Ya Allah Ya Tuhan ku mengapa kau berikan aku begitu besar dugaan dalam cinta. Apakah aku tidak layak untuk mengecapi rasa bahagia.Ya Allah..Mengapa kau lahirkan aku di Dunia ini kiranya kau tidak mahu berikan aku kebahagiaanmu..Kerdilnya aku di sisimu Ya Allah.Kau tenangkanlah hatiku, Kau lapangkanlah dadaku, kau bukakn pintu hatiku agar aku tidak lupa padaMU Ya Allah.Sesungguhnya Aku tak layak masuk syurgamu tapi aku takut akan nerakaMu..."
Sekian lama Cinta mendampingi aku namun tidak ada satu pun yang melekat dihatiku.Sungguh rapuh hati ini hingga tidak mampu bertahan dengan keasyikkan cinta.
Itulah aku insan biasa yang terlalu percaya dengan cinta hingga aku lupa cinta itu melukakan.
Aku masih tidak mampu menilai harga sebuah cinta yang hadir dalam hati ini.Sedikit demi sedikit hilang rasa cinta dalam hatiku.Itulah aku. sepertinya aku bahagia sendiri tanpa cinta..

.::Tasya Selamanya::.

0 comments:

Post a Comment

About Us

Total Pageviews